Tuesday, November 25, 2008

Awan Mendung Menanti Pelangi, a short film tribute to 80's Malay Film


Awan Mendung Menanti Pelangi mungkin Tiada Esok Bagimu..kerna aku Jauh Di sudut Hati, tapi Esok Masih Ada..Abang, Pertentangan Mama Oh Mama..Dia Ibuku.

Kau pergi Jua,
Setelah cintaku ini membawa,
hancur berderai jua akhirnya..kau pergi tak kembali..

Ayat-ayat dia atas merupakan tajuk filem Melayu tahun 80'an bersama lirik lagu Kau Pergi Jua.. telah mengimbau kembali kita pada tahun itu..dan aku mengingati kembali ketika aku sedang membesar dari kecil dengan filem-filem 80'an.. Aku suka zaman tersebut, indah, Melayu nya begitu halus, lembut mudah tersentuh jiwanya disebabkan masalah peribadi, keluarga dan moraliti.

Sepetang bersama rakan baik aku, di warung kopi, bukan kopitiam haaa!! Kami membincangkan idea filem pendek yang bakal diterbitkan terlintas di fikiranku, filem era 80'an ini sentiasa terbuku di hati dan kepala otak aku ni..cuma belum di tulis skripnya di atas KERTAS. Aku selalu malas menulis dulu bila dapat idea, dan aku diam tak bagitau sesiapa serta aku perlu bermain idea itu melalui visual di otak, lalu aku mula menulis skrip. Ya, Aku sentiasa berkhalwat bersama visual dalam otak aku..dan akhirnya, kawan baik aku memberi idea untuk buat skrip filem pendek tribute to 80's. Aku begitu gembira dan excited!! Dan aku menanti kawan baik aku dan sentiasa follow up perkembangan skrip itu. Tajuk skrip ialah Awan Mendung Menanti Pelangi...

Alhamdullilah, skrip pun dah siap..maka bertambah dosa aku lagi bermaksiat dengan visual dalam otak aku setelah membaca, dan aku dapat merasakan it is very interesting. Best. Percayalah, aku sendiri merasakan tidak sabar untuk mengarahkan filem pendek ini. Paling best ada dialog dan aku susah untuk dilupakan ialah:

FARAH MOHSIN
(sambil mengesat-ngesat pipinya)
Inikah sayang you pada I, Jeff? Dulu, Pipi inilah
yang selalu kau kucup, Jeff. Kini, tangan you yang
menyambar pipi ini! You're too much! Too much!

JEFRI
You yang too much! Dia ibuku - bukan ibumu!


Berdasarkan dialog di atas di petik pada babak ketika Jeffri memarahi girlfriendnya Farah Mohsin menyatakan ibunya Rohani seorang PELACUR..hehehe..memang kelakar. Cerita ini melodrama, tetapi apabila kita tengok filem pendek ini kita akan ketawa dari segi dialog, cerita dan look film ini pada zaman tersebut. Ya, filem pendek Awan Mendung Menanti Pelangi merupakan filem pendek tribute to 80's Malay Film dan merupakan satu penghormatan pada sutradara dan pembikin filem pada era tersebut. Setelah aku membaca dan bermaksiat dengan visual berdasarkan skrip, aku mula mencari lokasi rumah banglo yang sama taraf dengan watak Tuan Haji Taha seorang ahli perniagaan berjaya dan sering dapat tender Kerajaan pada tahun 80'an. Aku berjaya menyunting bunga di taman larangan iaitu sebuah banglo di UPM atas bukit pulak tu..memang best, tak ada gangguan trafik, tidak ada Cina Apek surat khabar lama, tak ada kanak-kanak bermain konda-kondi dan lain-lain lagi. Pendek kata memang sesuai dengan cerita ni pada satu babak sahaja. Setelah aku berbalas pantun dengan tuan rumah ini, maka dia setuju hasil peminangan aku untuk menggunakan rumah banglo ini untuk shooting filem pendek. Alhamdullilah buat kali kedua.
Proses seterusnya, aku sedang melamar pelakon-pelakon dalam filem pendek menerusi watak ROHANI, TUAN HAJI TAHA, JEFFRI, FARAH MOHSIN, RAJU DAN KAK MUNAH. Hmm, memang payah mencari dalam proses casting..semalaman aku bersama asst.director Mr. Faliq mencari pelakon yang mana paling sesuai dengan watak sehingga kami pula buat lawak menambahkan shot pada akhiri babak dimana ketika ROHANI keluar dari halaman terdapat sekumpulan india mengekori dari belakang ROHANI untuk di jadikan skandal..hahahaha! Just joke only. Watak ROHANI merupakan watak utama dalam cerita ini..bagi aku sumber rujukan pelakon seperti Noor Kumalasari seperti gambar di bawah, dan kemungkinan besar Aminah Rhapor bakal memegang watak ROHANI. Hehehe, siap sedialah Producer aku si Marina nak deal dan kontrak..hehehe!

Anyway, aku tidak sabar untuk di filemkan, terlalu banyak sangat aku bermaksiat dengan visual di otak ku, sehingga aku banyak menonton filem-filem era 80'an sebagai rujukan ku, dan sekarang sedang membuat proses pre-production dari sudut managment, costume, make-up, hair dressing, props, casting, photography reference dan director notes.
Lokasi di atas bakal di shooting di halaman rumah terdapat Mercedes Benz berwarna putih, satu set sofa rotan era 80'an dan sebuah motoskikal Scrambler Suzuki. Sila Bayangkan! hehehe!

Friday, November 14, 2008

Monday, November 10, 2008

Menulis tentang Mencari Melayu..sebuah naskah skrip

gambar di atas ketika DOP:Saiful Zul-Arief merakamkan filem pendek
Kopitiam Kurang Manis
gambar ni diambil oleh still photo the making of oleh Baizura Zainol(copyright control)

Sedang aku rancak update status dalam facebook menyatakan; mencari Melayu..adakah aku keturunan Melayu, sedangkan bapa Siam mak Jawa...hmm, ada seorang sahabat lama ku yang bagus dari sudut pemikiran dan permainan COUNTER STRIKE, Haf Dzi Sofi, beliau mengomen je aku punye status tentang tersebut. Banyak idea tercetus dari komen itu lalu aku tergerak hati membikin skrip Dokudrama filem.

Ya, aku semalam tak tidur memikirkan bagaimana cerita ini bermula, yang nyata adalah aku akan bercerita dari sudut all its about my family, religion, cultural, mentality of Malay dan sebagainye..

Mungkin ini sebuah skrip yang serius bakal aku menulis dan aku selitkan unsur parody (sindiran) agar cerita ini tidak menjadi satu isu yang hangat selain daripada HOT FM...

Permulaan babak, sebuah janin sedang bergerak dalam fetus ibu.

Perakhiran babak, watak utama dalam janin tersebut kembali pada ibunya setelah bersalah pelbagai sudut..

MUNGKIN...

Satu permulaan aku bermulanya menulis skrip Tajuk yang belum confirm lagi : MENCARI MELAYU...

yang benar dan ikhlas,
integriti amalan kita,
mesra, cepat dan kadang-kadang betul,

azri
www.azriabuhassan.blogspot.com

the making of_PLEASURE



The making of Pleasure satu catatan penolong pengarah kepada Mr Faliq selaku sutradara yang membikinnya untuk subjek Sinematografi di bawah bimbingan En Mohd Erman Maharam. Filem pendek ini merupakan satu percubaan berani oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Skrin mengeksperimentalkan dan memanipulasikan dari sudut teks, visual serta imej melalui konsep surrealism.

Filem pendek Pleasure telah dibikin di sebuah studio Filem Negara yang paling best sebab pihak Filem Negara telah sponsor film stock, camera 16mm Aaton dan studio. Terima Kasih kami ucapkan. Kerjasama anda kami memang dihargai.

Sepanjang pembikinan filem ini, aku berbisik di hati kecilku..tak sangka pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artsitik boleh menghasilkan filem pendek ini.. Syabas untuk krew Pleasure dan termasuklah aku yang menyusun jadual filem pendek ini supaya ontrack, kerana pengarah ni agak cerewet dari sudut shotnya..mungkin syok sendiri kot hehehe!

Setalah dua bulan berlalu, filem pendek Pleasure ini telah memasuki FESTIVAL FILEM VIDEO PELAJAR MALAYSIA anjuran UPM dengan kerjasama FINAS untuk kategori Eksperimental. Alhamdulilah, sambutan yang memuaskan dan kita tunggu keputusan pada bulan Januari 2009. Harapan kami, filem pendek Pleasure boleh mengharumkan sundal malam eh..silap, mengharumkan nama Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Di Hatiku...

yang benar,

ripin di saat kita jauh
www.azriabuhassan.blogspot.com

Sunday, November 9, 2008

dari puncak perdana ke kuala kubu bahru ku mencari jodoh...


dari puncak perdana ke kuala kubu bahru ku mencari jodoh... bukannya aku cuba menggatal cari awek, aku sedang mencari lokasi shooting IKLAN PSA kerjasama di antara Uitm, Filem Negara dan Malaysia Integrity Institute arahan Mr. Maxwell seorang bekas pengarah filem iklan di Malaysia dan kini mamat tu jadi pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif Artistik Uitm.

sedang aku berjalan bersiar-siar bersama teman kawan aku Marinamirana, aku terjumpa sebuah pejabat pos lama, dh lusuh, buruk tunggu masa nak roboh dan aku terhenti seketika di depan pagar. Sebijik papan tanda di luar pagar bertulis TA'BOLEH MASOK, MELAINKAN ADA URUSAN RASMI.

Aku cuba kembali masuk ke alam zaman tulisan lama ketika mak bapak kita bercinta di atas motor Vespa atau masih kecik lagi era 60'an, Arwah M.Sharif dok galak twist dan ago-agonye.. Alam tersebut meresap dalam fikiranku.. Aku tergelak seketika bersama Marinamirana..hahaha!

Aku kembali pada zaman sekarang 28 mei 2008, aku fikir kembali. Kenapa pegawai, kakitangan pejabat pos kuala kubu bahru ni, deme tidok tukar signboard yang baru? Pihak kerajaan punyalah payah berteriak dan melaburkan wang rakyat dengan kempen : Bahasa menunjukkan bangsa, budi bahasa budaya kita la..tapi ada segelintir pihak tidak mengambil berat..

Payah-payah. Aku rasa duit kerajaan laburkan itu lebih baik salur tempat lain kalo masih ada pihak ni seperti pejabat pos kuala kubu bahru bermaha raja linggam di Malaysia.

kepada badan berkuasa seperti ISA, POLIS RAJA DI MALAYSIA atau sebagainye..call teman dulu, stanby sebelum kome menangkap teman, boleh le teman cabot keluar negara..hahaha!

yg benar

azri

www.azriabuhassan.blogspot.com

Wednesday, October 29, 2008

filem pendek surrealist

ada dua versi poster. lain orang lain citarasa sbb tu buat 2. heh. klik diposter untuk tatapan lebih jelas.



krew kopitiam kembali menghasilkan sebuah filem pendek bergenre kan surrelist. tapi kali ini pengarah yang berbeza, dan pendekatan yang jauh lebih berbeza, beza dan beza.

Monday, October 20, 2008

Sunday, October 19, 2008

photo exhibition @ SACC mall


Sekali lagi sebahagian krew KOPITIAM kurangmanis telah menyertai untuk pameran foto di SACC Mall. Ini adalah sebahagian dari projek tugasan kami. Projek ini adalah gabungan dari pelajar Semester 3 Diploma dan Degree.
Boleh dikatakan foto-foto yang kami ambil untuk pameran adalah di Melaka iaitu rombongan kami ke sana dibawah subjek CINEPHOTO dibawah kelolaan pensyarah kami Prof.Rushdi Kubon dan En. Aidi Rahimi.
Alhamdulillah, seperti yang tidak diduga, 3 buah foto oleh 2 orang krew kami telah terjual dalam masa 2 hari pameran tersebut.

Saturday, October 18, 2008

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

RENUNGAN BERSAMA... - petikan dari email yang telah di forwardkan

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .


7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).


8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

p's :
apa2 pun benda ni balik kat kita gak sbg rakyat dan penonton, berapa ramai yg kat sini tengok wayang. mungkin lebih banyak cakap dari pegi panggung, tapi tak support pun hasil bangsa sendiri, jgn cakap filem kita takde yg bagus, ade banyak tapi kite sendiri yg tak pegi tengok..

SCREENING : kopitiamkurangmanis @ HARI SKRIN'08


Filem Pendek kami akan ditayangkan di Hari Skrin anjuran pelajar semester 5 bertempat di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Jangan tersilap ya, bukan di UiTM induk (sek 2).

tarikh : 22hb OKTOBER 2008
tempat : dewan makan / padang futsal
masa : pagi sampai malam

S P R E A D THE W O R D

Friday, October 17, 2008

Filem Pertama terbitan UiTM - WAYANG


Sinopsis Filem Wayang

Pengarah : Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit : UiTM - Universiti Teknologi Mara

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 13 November 2008
Durasi : 110 min
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm

"Awang Lah, seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.

Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama.

Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri.

Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?"

___________________________________________________________________


Filem WAYANG terbitan pertama UiTM/Research Management Institute (RMI) dengan kerjasama FINAS akan ditayangkan di lebih buah pawagam mulai 13 November 2008. Satu promosi filem WAYANG ini akan diadakan khusus untuk tatapan warga UiTM seperti di butiran berikut :-

Tarikh : 17 Oktober 2008 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang – 8.30 malam

Tempat : Dewan Sri Budiman

Tiket dijual pada harga RM6 dan boleh didapati melalui ahli jawatankuasa yang akan ke fakulti-fakulti.

Bagi staf yang berminat, sila hubungi Saudara Harith di talian 012-2679859.

Sila layari http://www.fact.uitm.edu.my/wayang untuk maklumat lanjut mengenai filem WAYANG.

Thursday, October 16, 2008

a CRITICAL review by blogger


Azri Abu Hassan & Kopitiam Kurang Manis - Hariry

"Azri Abu Hassan merelakan bangsa Cina memerintah negara. Ops, Azri ialah pembikin filem pendek 'Kopitiam Kurang Manis'. Kata-kata aku di atas tidaklah bermaksud aku menyalakan api perkauman (cewah, ayat Utusan Malaysia ni), tapi aku mentafsirkan filem pendek ni begitu.

Kisahnya, tokeh kopitiam yang berbangsa Cina ni susah hati sebab kopi dia dah tak sedap. Tapi, atas bantuan pembantunya, perempuan Melayu, kopinya jadi sedap. Apakah bentuk bantuan yang diberi oleh perempuan Melayu ni? Seks. Selepas tokeh ni dapat seks, dia kembali bersemangat membancuh kopi dengan sedapnya dan akhirnya perempuan Melayu ni mengandung dan kopitiamnya kembali laku.

Ekonomi Malaya tanah tumpah darahku ni sememangnya dikuasai oleh manusia bangsa Cina. Kalau tak percaya, bolehlah cari siapa pemilik Ipoh Garden Berhad (IGB), Berjaya dan YTL. Ini hanyalah antara keparat (korporat) yang memiliki sejumlah besar hartanah di Malaya ni. Keparat-keparat ni takkan berjaya demikian rupa sekiranya tiada Melayu yang menggadai maruahnya - tanah. Apabila keparat-keparat ini berjaya memiliki maruah/tanah manusia Melayu, maka mereka pun berjayalah dalam mentadbir negara sehinggakan Azri menggambarkan bapa kepada generasi manusia Melayu seterusnya ialah manusia Cina.

Manusia Melayu tak perlulah marah-marah apabila menonton filem pendek ini. Filem ini sebenarnya langsung tidak bersifat provokatif jika dibandingkan dengan filem panjang Mamat Khalid. Jadi, janganlah ada manusia UMNO yang tiba-tiba menghunus keris mempertahankan hak Melayunya dari dirampas manusia Cina. Azri cuma menjalankan tugasnya merakam kenyataan di muka bumi Malaya ni.

Jika dilihat dari usianya, Azri ni masih muda dan langsung tidak kelihatan seperti seorang pembikin filem. Sekilas pandang, tak lain tak bukan Azri ni samalah seperti kakitangan kerajaan di jabatan pendaftaran. Tetapi, apabila menonton filem pendeknya, siapa sangka dia berfikiran seperti ini? Mungkin didikan filem yang diterimanya dari Aswara dan UiTM telah membentuk pemikirannya serta campur-gaulnya dengan manusia-manusia 'hard-core' ataupun dia rajin meng'google' dan ber'wikipedia'.

Tapi Azri, aku dah muak dah kalau asyik cerita tentang Melayu. Bosanlah. Tak habis-habis pembikin filem Melayu bertanggungjawab bercerita tentang Melayu dan membela nasib Melayu. Mengangkat budaya Melayu dan dilema Melayu hilang identiti, ini semua bagi aku dah basi dan lapuk. Kalau masih ada lagi pembikin filem membicarakan tentang Melayu, itu tak lain tak bukan adalah agenda UMNO semata sebabnya hanya UMNO sahajalah yang Melayu.

Mesti ada yang bosan dengan aku yang tak habis-habis menentang UMNO dan hegemoninya. Aku memang anti-UMNO dan anti-Melayu. Aku langsung tak berminat nak mendalami budaya Melayu dan aku bercita-cita nak berkahwin dengan perempuan dari Bani Israel (hehehe, cita-cita besar). Bagi aku, budaya ialah cara hidup yang dipengaruhi zaman. Jikalau zaman kita begini, budaya kita juga harus begini. Kalau kita masih lagi berpegang pada budaya lama, kita samalah seperti patung-patung di muzium. Lagipun, budaya-budaya kita dahulukala adalah budaya-budaya feudal Melayu. Bukan budaya rakyat. Rakyat Melayu ketika itu tidak ada budaya melainkan terpaksa meminjam budaya luar seperti dari Arab, Portugal, Jawa dan Siam. Melayu memang tak ada identiti. Jadi tak hairanlah kalau lagu Negaraku adalah ciplakan dari lagu 'Monula Moon' hasil karya komposer Perancis - Pierre Jean Berager, dan Jalur Gemilang ditiru dari Stars & Stripes - bendera United States of America! Malah, manusia Melayu ni pun terpecah-pecah kepada banyak suku-sakatnya. Minangnya lain, Banjarnya lain, Acehnya lain, Jawanya lain, Riaunya lain, Bugisnya lain dan ini semua berasal dari kepulauan lain dan bukan dari kepulauan Melayu!

Jadi, janganlah main isu Melayu ni. Manusia bangsa Melayu ni sememangnya bodoh sebab lebih takutkan tulah sultannya dari takutkan pencipta Alam. Apa daa... Isu kesaksamaan hidup sebagai manusia di muka bumi ini lebih penting dan penentangan terhadap keparat korporat itu lebih penting. Kalau nak menentang Cina bukanlah sebab dia Cina, tapi sebab dia tokeh besar yang mengaut keuntungan dengan menipu rakyat."

the MAKING OF ... kopitiam kurang manis @ JIWANG.org

The Making of ini telah diarahkan oleh salah seorang krew Kopitiam Kurang Manis ini sendiri.
Jadi untuk mendapatkan original version 'The Making of... Kopitiam Kurang Manis', boleh dapatkan DVD dari kami.

Jom Kita Layan Blog 'KOPITIAM KURANG MANIS" - knizam

petikan dari blog Knizam Artwerk

_________________________________________

"aku mmg suka ngan kopitiam. hehe best wooo lepak kopitiam. hehe"

"terjumpa plak blog pasal kopitiam kurang manis neh kat facebook. hehe.

cun wooo poster dia yg simple tapi nampak relax je kan

diaoarang ada buat t-shirt la. aku rasa nak order. nampak cool je."

terima kasih, Knizam!

Monday, October 6, 2008

Sunday, October 5, 2008

REVIEWED by blogger : amyikram ismail

Kopitiam Kurang Manis macam filem Yasmin Ahmad - amy ikram



'Kesunyian, Seks dan Kedai Kopi' adalah intipati utama yang boleh dirumuskan melalui filem pendek, Kopitiam Kurang Manis, arahan dan lakon layar Azri Abu Hassan. Filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telahpun ditayangkan di beberapa buah kelab seni filem sekitar Kuala Lumpur sehinggalah berjaya ditonton secara rangkaian web melalui portal murai.com. Filem yang menarik ini dibuka melalui susunan shot yang agak menarik perhatian saya melalui paparan visual yang memerlukan kita berfikir seketika apakah yang terjadi seterusnya dan apakah maksud disebalik tumpahan kopi dan terbaliknya cawan di atas meja. Visual yang dipaparkan itu memberikan pelbagai persoalan pada saya, barangkali akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Gambaran telur separuh masak yang diambil terlalu lama, menggambarkan watak lakonan Mislina Mustaffa itu akan menghadapi suatu saat yang bakal menggembirakan kehidupannya serta jugak buat Ah Keong, pemilik kedai kopi yang agak moody dengan ragam pelanggannya yang mula hilang hari demi hari akibat haruman kopi yang agak kurang memikat. Kegersangan seks dan nafsu Ah Keong yang agak meruncing itu boleh dilihat melalui alunan muzik latar cina yang agak klasik dengan pergerakan kamera dan kekuatan sinematografi membuatkan filem arahan Azri Abu Hassan ini seakan-akan filem Yasmin Ahmad. Bukan ingin membuat perbandingan antara kedua-duanya, tetapi inilah sebuah filem pendek yang mempunyai jalur pemikiran yang agak kuat, apatah lagi ia banyak bermain dengan aspek Mise-en-Scene dan Simbolismnya yang tersendiri. Dari sudut sinematografi, Kopitiam Kurang Manis boleh dipuji kerana penataan cahaya yang digunakan menggambarkan seseorang watak dan karektor itu mempunyai masalah dan setiap elemen yang dipersembahkan di dalam filem ini, bukan dibuat-buat atau sengaja diframekan di dalam seseuatu shot, malahan ia memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat penilaian atas naskhah Kopitiam Kurang Manis ini.

Persoalan kedua ialah, adakah watak lakonan Mislina Mustaffa itu disatukan dengan watak Ah Keong?. Siapakah insan yang bertanggungjawab menghamilkan Mislina?. Benarkah Mislina dan Ah Keong itu bersatu di bawah satu bumbung?. Ini persoalan yang kurang jelas ditafsirkan oleh pengarah melalui naskhah Kopitiam Kurang manis ini. Mungkin ia sekadar sebuah kisah pendek, tetapi dari sudut penceritaan, lakonan, pencahayaan dan falsafah, ia boleh dipuji. Akhirnya, Kedai Kopi milik Ah Keong menerima ramai pelanggan mungkin atas resepi cintanya pada Mislina?. Jikalau tidak benar, maafkan saya. Saya cuma mentafsir mengikut pemahaman saya ke atas filem ini.

sumber : Amy Ikram Ismail

Tuesday, September 23, 2008

ada lagi screening...

VOTE us @ MURAI.com.my

Do you like our short-film KOPITIAMKURANGMANIS?
Do you hope that KOPITIAMKURANGMANIS should win any competitions?
Do you... bla,bla,bla,blahh...
So vote KOPITIAMKURANGMANIS at MURAI now!

(ape lagi, click la link tu skrg! vote byk2 pun tak kisah :P)

Monday, September 22, 2008

TINJAUAN : seks dan kopi (setelah 3 bulan berlalu)

oleh : Azri Abu Hassan (pengarah KOPITIAMKURANGMANIS)

Pengenalan


Kopitiam Kurang Manis sebuah karya filem pendek terbitan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah arahan Azri Abu Hassan yang menerapkan pelbagai persoalan-persoalan berkaitan permasalahan dengan manusia. Kopi di anggap sebagai satu minuman atau amalan-amalan harian (popular culture) terutama golongan masyarakat Cina di Malaysia. Filem pendek Kopitiam Kurang Manis tidak diangkat sebagai pemaparan tentang seks atau kopi, akan tetapi apabila meninjau secara dalaman, ianya memaparkan masalah manusia secara cinematic value melalui visual language. Kopitiam Kurang Manis memaparkan perasaan seorang lelaki tua yang mengalami kekurangan sexual desire dan kehilangan aroma rasa membuat kopi. Manusia yang di paparkan adalah masalah dalaman (inner inside of human being) secara sindiran (parody) dan comical melalui visual interpretation. Harus diingatkan sesebuah filem pendek tidak semestinya memaparkan secara keseluruhan jalan cerita, malah ianya di sampaikan secara ambiguity dan tidak meleret-leret jalan cerita seperti filem arus perdana Sembilu (1995).

KOPITIAM atau di namakan sebagai kedai kopi, banyak memori kisah lama secara gambar bergerak mengikut masa dan ruang waktu tanpa sempadan. Kehilangan yang dialami oleh watak Ah Keong begitu resah, suram, depression, dan halusinasi bersama candunya. Manusia seperti Ah Keong hanya menunggu waktu, yang akan tiba kembali aroma rasa membikin kopi secara zahir akan tetapi ia lahir dan datang secara batin. Perasaan kehilangan naluri seks dan membikin kopi begitu problematic oleh Ah Keong pada usia yang tua. Kehadiran perempuan Indonesia sebagai pekerja orang gaji akan membawa satu sinar dan harapan pada sang si tua yang kehilangan. Manusia alienasi seperti Leez, (pekerja indonesia) memberi satu petanda pada persoalan-persoalan yang timbul di antara kehilangan oleh Ah Keong. Kopi dan naluri seks menunggu waktu Leez mengubah segala yang timbul. Hanya masa menentukan Leez bertindak secara kotor memecahkan tembok yang di rasai oleh Ah Keong. Bagi Ah Keong, penerimaan yang dirasai olehnya, begitu sangsi dan menimbulkan kesan tanda tanya sehingga merelakan apa dilakukan oleh Leez. Perkara kehilangan ini juga dapat dilihat secara kasar melalui filem pendek adalah suatu kehilangan besar iaitu pelanggan. Dahulunya pelanggan begitu ramai, tetapi apabila perasaan seks mulai hilang, dan aroma membikin kopi itu mendahului kesemua aspek tersebut.

MANUSIA alienasi Leez itu mempunyai simpati, kesian dan tabah untuk mengubah segala yang di alami sang tua. Leez bertindak secara kotor; unsur mitos dan kuasa seksnya agar dapat memecahkan tembok oleh Ah Keong. Baginya, tindakan sedemikian dapat mengubah suasana kedai kopitiam yang suram kembali ceria seperti dahulunya. Kejayaan yang dirasai oleh Leez terpapar di akhiri babak di mana pelanggan kembali ramai. Amalan unsur mitos begitu kuat pada sesuatu budaya dan kaum itu. Bagi Leez tidak salah mengaplikasikan amalan itu agar kehidupan Ah Keong kembali seperti dulu. Leez menyembur ayat-ayat jampi dan menggoda ke arah seks, dapat mengubah hidup Ah Keong yang resah. Ini terdapatnya elemen existentialism pada watak Ah Keong membuat pilihan terhadap seks dan kopinya. Pilihan menjadi satu tanda tanya oleh seseorang individu membuat pilihan. Bagi Ah Keong hanya seks dapat mengubah segala-galanya terhadap kopinya, ini terdapat pada babak pertembungan di antara Ah Keong di dapur, di meja makan, tangga memberi petanda padanya. Ah Keong merasakan sesuatu yang lain dalam hidup sebelum ini, maka pilihan Ah Keong hanya merelakan dirinya untuk mendapat kepuasan dan keinginan yang di alami olehnya.

Gaya Pengarahan, Mise-en-Scene, Simbolism, dan Sinematografi dalam Kopitiam Kurang Manis.

GAYA pengarahan merupakan satu kerja kreativiti pengarah filem dari aspek pembikinan falsafah, pemikiran dan pengaruh filem yang membentuk style of directing. Aspek gaya pengarahan sangat penting bagi seseorang pengarah filem bagi menuntukan hala tuju arah pengarah itu mencapai tahap produk kualiti, kepuasan penonton dan hanya semata-mata sebuah karya individu yang lebih kepada artistic dan seni untuk seni. Selain itu, pengarahan merupakan satu gaya teknik pembikinan filem yang melibatkan satu proses kerja yang berat kerana pelbagai aspek perlu di pertimbangkan untuk mencipta suatu filem yang penuh dengan visual yang bermakna serta yang artistik. Menurut catatan Wikipedia (2008) menyatakan;

“A film director is responsible for overseeing every creative aspect of a film. They develop a vision for a film, decide how it should look, what tone it should have, and what an audience should gain from the cinematic experience. He/she is in short the storyteller. Film directors are responsible for approving every camera angle, lens effect, lighting, and set design occasionally even taking part in the hiring of key crew members. They coordinate the actors moves, determine camera angles, and may be involved in the writing, financing, and editing of a film."

PENGARAHAN yang saya terapkan adalah bukan sekadar syok sendiri. Pengarahan saya lebih menuntut ke arah kreativiti menekankan dari aspek story telling. Penceritaan melalui filem pendek Kopitiam Kurang Manis memberi penekanan terhadap watak Ah Keong yang mengalami problematic terhadap kopi, seks dan kehilangan pelanggan. Selain itu, penceritaan ini juga saya mengambil atau mengaplikasikan realism approach melalui pendekatan aliran Italian Neo-Realism seperti pengarah filem Vittorio De Sica dan penulis skrip serta pelopor aliran tersebut iaitu Cesare Zavattini. Ini kerana tokoh-tokoh yang saya sebutkan ini merupakan idola dan perangsang saya membikin skrip yang berbentuk naratif yang kuat. Bagi saya, penghasilan skrip filem pendek Kopitiam Kurang Manis memberi penekanan reality of life people dari aspek budaya, masyarakat dan sosial di Malaysia seperti terpapar dalam filem pendek ini.

Selain itu, konsep pengarahan dalam Kopitiam Kurang Manis menitik beratkan gerak kerja kamera dari aspek sinematografi. Menurut Spottiswoode (1955, 132) beliau menghuraikan:
"Camera is the eye of the director. However skillfully he chooses his cast, cuts his film or weaves his sound into it, there will remain an element of the random or disordered if he has not determined each camera angle and position by his interpretation of the subject chosen."
SUBJEK dan objek sentiasa berada dalam hubungan dengan kamera dalam komposisi frame. Kedudukan kamera dalam satu-satu shot menentukan point of view shot tersebut manakala angle kamera memberi makna tertentu. Menurut Hodgdon (1981, 138) "camera’s relationship to the action and the implication inherent in the relationship" dan perlu dipertimbangkan apabila seseorang pengarah apabila membuat keputusan mengenai kedudukan dan angle kamera yang sesuai. Selain itu, Whitaker (1970, 58) pula berkata "a change of angle alters the composition of the shot, and thereby the environment in which the pricipal subject is to be seen." Kopitiam Kurang Manis banyak bercerita menggunakan visualnya di mana sinematografi dan gerak kerja sangat dititik-beratkan. Pengarah memanfaatkan kaedah kamera yang statik dan kamera yang bergerak (dynamic) dengan sepenuhnya untuk menghasilkan mood dan atmosphere yang diingini. Dalam pada itu, pengarah banyak juga meletakkan props dan miniatures secara artistik di foreground kamera untuk menghasilkan illusion of depth. Unsur foreground menjadi satu konsep pengarah dan ianya bertindak sebagai blocking kepada aktor untuk memberikan makna kepada watak dan cuba menyembunyikan sesuatu, sama ada perasaan ataupun fikirannya representasi melalui watak Ah Keong.


SELAIN ITU, pendekatan pengarah Kopitiam Kurang Manis melalui pengarahan shot adalah bereksperimentasi dengan tableau untuk menghasilkan kesan sinematografik yang bermakna. Menurut catatan www.wikipedia.org (2008), tableau bermaksud something meaning pictures. Pada pendapat saya, tableau yang di maksudkan adalah teknik kesan long-take dalam shot. Teknik long-take merupakan satu subjek dan gaya pengarahan oleh Azri Abu Hassan. Tableau yang cuba di paparkan dalam filem pendek ini hampir kesemua babak berbentuk static shot dengan penggunaan long-take dengan keadaan kamera hampir statik memberikan perasaan suasana tegang pada penonton, selaras dengan mood yang ingin di cipta oleh pengarah. Walaupun demikian, long-take memang digemari pengarah filem barat seperti yang diperkatakan Sherman (1976, 107-108) dalam kajian terhadap pengarah Robert Rossellini:
"I prefer the long take because you can put a lot inside of the take. You build through a lot of things, the atmosphere around, certain kind of mood, certain kind of passage in the thought and attitude, physical attitude, too."
Dari sudut MISE-EN-SCENE dan Simbolism terlalu banyak di paparkan melalui filem pendek Kopitiam Kurang Manis. Mise-en-Scene bermaksud
"Stemming from the theater, the French term mise en scène literally means "putting on stage." When applied to the cinema, mise-en-scène refers to everything that appears before the camera and its arrangement – sets, props, actors, costumes, and lighting."
SETTINGmemainkan peranan penting sebelum penggambaran bermula. Semasa penghasilan skrip draf pertama, saya amat mementingkan lokasi yang ‘life set’ yang keadaan lusuh, kotor, tidak sempurna agar ia nya memberi impak pada kesan visual. Pada pendapat saya, lokasi kedai kopitiam dalam filem pendek ini sudah memberi suatu nyawa atau karakter melalui set lokasi tersebut. Selain itu, lokasi tersebut dari sudut vision of director and point of view director sudah semestinya tepat mengikut kehendak saya dan naskah skrip. Setting itu juga, pada pandangan saya dari aspek mise-en-scene, ianya memperlambangkan representasikan dari watak Ah Keong seperti kehilangan, lusuh, moody, dan depression.

Dari segi props kebanyakkan kesemua barang-barang kedai kopitiam yang lama dan secara tidak langsung memberi kesan gambaran memori silam. Pada perkiraan saya, filem pendek Kopitiam Kurang Manis ini banyak bermain unsur-unsur simbol melalui props. Sebagai contoh kenapa serbuk kopi pada tin gambar burung layang-layang. Ini kerana saya kaitkan aspek kepercayaan orang Cina dan budayanya. Imej logo burung layang-layang pada serbuk tin kopi menunjukkan kedamaian, kebebasan dan keuntungan yang sangat kuat kepercayaan kaum Cina. Selain itu, terdapatnya gambar perempuan Cina di dinding. Ini kerana, imej tersebut dari sudut mise-en-scene memperlambangkan watak Ah Keong yang kegersangan, sex addict, dan suka pada perempuan seksi. Simbol pada imej telur pecah memberi interpretation yang pelbagai pada penonton. Dan bagi saya ia terpulang pada penonton untuk mentafsirkan pelbagai sudut. Pada pendapat peribadi saya, imej telur pecah itu memberi kesan visual bahawa transition masa persenyawaan sperma dan ovum lalu membentuk segumpalan fetus. Imej kuning telur itu membentuk sedemikian sehingga shot yang seterusnya kelihatan perempuan indonesia (Leez) makan asam secara tidak langsung menunjukkan mengidam dan sedang hamil. Imej melalui filem memberi kesan impak yang pantas untuk perubahan masa, tempat dan waktu. Itulah keistimewaan dan magic in film.

Aspek KOSTUM pula, kebanyakkan semua pakaian biasa sehari-harian. Sebagai contoh, watak Ah Keong memakai baju pagoda cina mengikut amalan dan tradisi masyarakat kaum Cina di Malaysia. Pada watak Leez pula hanya berpakaian stereotaip perempuan Indonesia pekerja di Malaysia yang lusuh dan tidak ada satu konsep serta jenis pakaian. Pada pendapat saya, tidak ada satu unsur simbol dan warna melalui pakaian.

Dari sudut SINEMATOGRAFI iaitu pencahayaan, saya sudah menerangkan aspek shot yang static, penggunaan long-take itu sebahagian subteks dan representasi melalui watak Ah Keong itu sendiri. Pada pandangan peribadi sabagai pengarah, aspek sinematogarafi dari sudutpencahayaan lebih kepada low-key, seolah-olah memberi kesan gloomy dan memperlambangkan kesan kekaburan serta negative index. Sebagai contoh pada babak dapur kelihatan Leez masuk ke dapur mencapai serbuk tin lalu ke sudut belakang nampak bayang-bayang, Leez yang sedang membaca jampi pada serbuk kopi itu. Bayang-bayang itu adalah negative index melalui visual language film dan secara tidak langsung representasikan pada watak Leez yang jahat dan kotor.

ASPEK yang paling penting pada simbol dan imej melalui filem pendek ini adalah pada opening sequence di mana kelihatan serbuk tin kopi tumpah lalu kelihatan air mencampuri kopi menghasilkan kesan imej hitam yang pekat. Pada perkiraan saya, imej hitam pekat air kopi mengalir itu memperlambangkan kepada watak Leez yang mengalami datang haid (period) dan menjadi segala persoalan pada filem pendek Kopitiam Kurang Manis. Barangkali, Leez yang mengalami period itu membuat Ah Keong gersang dan terpaksa menunggu membuatkan dia tidak terurus, dan depression. Bagi saya sebagai pengarah harus member kesan kreatif melalui penghasilan filem pendek dengan memberi dua dynamic story agar penonton dapat memberi pelbagai interpretasi.

Kesimpulan

FILEM pendek Kopitiam Kurang Manis ini dirumuskan sebagai sebuah filem tentang seks, dan kopi. Penghasilan sebuah filempendek ini menuntut pengarah ke arah personal work, artistic value dan kesan ambiguity dalam skrip. Ini kerana filem pendek juga adakalanya memperlambangkan pengarah itu sendiri dari aspek pemikirannya, latar belakang, dan apa yang mempengaruhinya untuk membikin filem pendek. Secara jujurnya, saya membikin filem pendek Kopitiam Kurang Manis hanya untuk berkarya dan ingin bercerita dalam konteks memaparkan reality of life terutamanya masyarakat di Malaysia.

Thursday, September 4, 2008

REPORT : KOPITIAMKURANGMANIS@RANtAi ARt

Mr.Norman with the director of 'Bila Punggok Rindukan Bulan', BennylitaNasution

a simple talk about KOPITIAMKURANGMANIS by our producer, Marina

the crowds full concentrating KOPITIAMKURANGMANIS

the screenings

Ekay suddenly appear at RANtAi ARt interviewing the public about '10 Minutes Before Merdeka'.


just arrived : our Director met the RANtAi organizer, Nad.

promoting local stuffs

our small and simple booth just beside RANtAi ARt's tees.

thanks to Marina coz brought the speakers and laptop for showing 'the making of' KOPITIAMKURANGMANIS for the 1st time at public.