Wednesday, October 29, 2008

filem pendek surrealist

ada dua versi poster. lain orang lain citarasa sbb tu buat 2. heh. klik diposter untuk tatapan lebih jelas.



krew kopitiam kembali menghasilkan sebuah filem pendek bergenre kan surrelist. tapi kali ini pengarah yang berbeza, dan pendekatan yang jauh lebih berbeza, beza dan beza.

Monday, October 20, 2008

Sunday, October 19, 2008

photo exhibition @ SACC mall


Sekali lagi sebahagian krew KOPITIAM kurangmanis telah menyertai untuk pameran foto di SACC Mall. Ini adalah sebahagian dari projek tugasan kami. Projek ini adalah gabungan dari pelajar Semester 3 Diploma dan Degree.
Boleh dikatakan foto-foto yang kami ambil untuk pameran adalah di Melaka iaitu rombongan kami ke sana dibawah subjek CINEPHOTO dibawah kelolaan pensyarah kami Prof.Rushdi Kubon dan En. Aidi Rahimi.
Alhamdulillah, seperti yang tidak diduga, 3 buah foto oleh 2 orang krew kami telah terjual dalam masa 2 hari pameran tersebut.

Saturday, October 18, 2008

10 ADEGAN TAK LOGIK DALAM DRAMA TV TEMPATAN

RENUNGAN BERSAMA... - petikan dari email yang telah di forwardkan

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .


7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).


8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

p's :
apa2 pun benda ni balik kat kita gak sbg rakyat dan penonton, berapa ramai yg kat sini tengok wayang. mungkin lebih banyak cakap dari pegi panggung, tapi tak support pun hasil bangsa sendiri, jgn cakap filem kita takde yg bagus, ade banyak tapi kite sendiri yg tak pegi tengok..

SCREENING : kopitiamkurangmanis @ HARI SKRIN'08


Filem Pendek kami akan ditayangkan di Hari Skrin anjuran pelajar semester 5 bertempat di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Jangan tersilap ya, bukan di UiTM induk (sek 2).

tarikh : 22hb OKTOBER 2008
tempat : dewan makan / padang futsal
masa : pagi sampai malam

S P R E A D THE W O R D

Friday, October 17, 2008

Filem Pertama terbitan UiTM - WAYANG


Sinopsis Filem Wayang

Pengarah : Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit : UiTM - Universiti Teknologi Mara

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 13 November 2008
Durasi : 110 min
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm

"Awang Lah, seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.

Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama.

Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri.

Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?"

___________________________________________________________________


Filem WAYANG terbitan pertama UiTM/Research Management Institute (RMI) dengan kerjasama FINAS akan ditayangkan di lebih buah pawagam mulai 13 November 2008. Satu promosi filem WAYANG ini akan diadakan khusus untuk tatapan warga UiTM seperti di butiran berikut :-

Tarikh : 17 Oktober 2008 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang – 8.30 malam

Tempat : Dewan Sri Budiman

Tiket dijual pada harga RM6 dan boleh didapati melalui ahli jawatankuasa yang akan ke fakulti-fakulti.

Bagi staf yang berminat, sila hubungi Saudara Harith di talian 012-2679859.

Sila layari http://www.fact.uitm.edu.my/wayang untuk maklumat lanjut mengenai filem WAYANG.

Thursday, October 16, 2008

a CRITICAL review by blogger


Azri Abu Hassan & Kopitiam Kurang Manis - Hariry

"Azri Abu Hassan merelakan bangsa Cina memerintah negara. Ops, Azri ialah pembikin filem pendek 'Kopitiam Kurang Manis'. Kata-kata aku di atas tidaklah bermaksud aku menyalakan api perkauman (cewah, ayat Utusan Malaysia ni), tapi aku mentafsirkan filem pendek ni begitu.

Kisahnya, tokeh kopitiam yang berbangsa Cina ni susah hati sebab kopi dia dah tak sedap. Tapi, atas bantuan pembantunya, perempuan Melayu, kopinya jadi sedap. Apakah bentuk bantuan yang diberi oleh perempuan Melayu ni? Seks. Selepas tokeh ni dapat seks, dia kembali bersemangat membancuh kopi dengan sedapnya dan akhirnya perempuan Melayu ni mengandung dan kopitiamnya kembali laku.

Ekonomi Malaya tanah tumpah darahku ni sememangnya dikuasai oleh manusia bangsa Cina. Kalau tak percaya, bolehlah cari siapa pemilik Ipoh Garden Berhad (IGB), Berjaya dan YTL. Ini hanyalah antara keparat (korporat) yang memiliki sejumlah besar hartanah di Malaya ni. Keparat-keparat ni takkan berjaya demikian rupa sekiranya tiada Melayu yang menggadai maruahnya - tanah. Apabila keparat-keparat ini berjaya memiliki maruah/tanah manusia Melayu, maka mereka pun berjayalah dalam mentadbir negara sehinggakan Azri menggambarkan bapa kepada generasi manusia Melayu seterusnya ialah manusia Cina.

Manusia Melayu tak perlulah marah-marah apabila menonton filem pendek ini. Filem ini sebenarnya langsung tidak bersifat provokatif jika dibandingkan dengan filem panjang Mamat Khalid. Jadi, janganlah ada manusia UMNO yang tiba-tiba menghunus keris mempertahankan hak Melayunya dari dirampas manusia Cina. Azri cuma menjalankan tugasnya merakam kenyataan di muka bumi Malaya ni.

Jika dilihat dari usianya, Azri ni masih muda dan langsung tidak kelihatan seperti seorang pembikin filem. Sekilas pandang, tak lain tak bukan Azri ni samalah seperti kakitangan kerajaan di jabatan pendaftaran. Tetapi, apabila menonton filem pendeknya, siapa sangka dia berfikiran seperti ini? Mungkin didikan filem yang diterimanya dari Aswara dan UiTM telah membentuk pemikirannya serta campur-gaulnya dengan manusia-manusia 'hard-core' ataupun dia rajin meng'google' dan ber'wikipedia'.

Tapi Azri, aku dah muak dah kalau asyik cerita tentang Melayu. Bosanlah. Tak habis-habis pembikin filem Melayu bertanggungjawab bercerita tentang Melayu dan membela nasib Melayu. Mengangkat budaya Melayu dan dilema Melayu hilang identiti, ini semua bagi aku dah basi dan lapuk. Kalau masih ada lagi pembikin filem membicarakan tentang Melayu, itu tak lain tak bukan adalah agenda UMNO semata sebabnya hanya UMNO sahajalah yang Melayu.

Mesti ada yang bosan dengan aku yang tak habis-habis menentang UMNO dan hegemoninya. Aku memang anti-UMNO dan anti-Melayu. Aku langsung tak berminat nak mendalami budaya Melayu dan aku bercita-cita nak berkahwin dengan perempuan dari Bani Israel (hehehe, cita-cita besar). Bagi aku, budaya ialah cara hidup yang dipengaruhi zaman. Jikalau zaman kita begini, budaya kita juga harus begini. Kalau kita masih lagi berpegang pada budaya lama, kita samalah seperti patung-patung di muzium. Lagipun, budaya-budaya kita dahulukala adalah budaya-budaya feudal Melayu. Bukan budaya rakyat. Rakyat Melayu ketika itu tidak ada budaya melainkan terpaksa meminjam budaya luar seperti dari Arab, Portugal, Jawa dan Siam. Melayu memang tak ada identiti. Jadi tak hairanlah kalau lagu Negaraku adalah ciplakan dari lagu 'Monula Moon' hasil karya komposer Perancis - Pierre Jean Berager, dan Jalur Gemilang ditiru dari Stars & Stripes - bendera United States of America! Malah, manusia Melayu ni pun terpecah-pecah kepada banyak suku-sakatnya. Minangnya lain, Banjarnya lain, Acehnya lain, Jawanya lain, Riaunya lain, Bugisnya lain dan ini semua berasal dari kepulauan lain dan bukan dari kepulauan Melayu!

Jadi, janganlah main isu Melayu ni. Manusia bangsa Melayu ni sememangnya bodoh sebab lebih takutkan tulah sultannya dari takutkan pencipta Alam. Apa daa... Isu kesaksamaan hidup sebagai manusia di muka bumi ini lebih penting dan penentangan terhadap keparat korporat itu lebih penting. Kalau nak menentang Cina bukanlah sebab dia Cina, tapi sebab dia tokeh besar yang mengaut keuntungan dengan menipu rakyat."

the MAKING OF ... kopitiam kurang manis @ JIWANG.org

The Making of ini telah diarahkan oleh salah seorang krew Kopitiam Kurang Manis ini sendiri.
Jadi untuk mendapatkan original version 'The Making of... Kopitiam Kurang Manis', boleh dapatkan DVD dari kami.

Jom Kita Layan Blog 'KOPITIAM KURANG MANIS" - knizam

petikan dari blog Knizam Artwerk

_________________________________________

"aku mmg suka ngan kopitiam. hehe best wooo lepak kopitiam. hehe"

"terjumpa plak blog pasal kopitiam kurang manis neh kat facebook. hehe.

cun wooo poster dia yg simple tapi nampak relax je kan

diaoarang ada buat t-shirt la. aku rasa nak order. nampak cool je."

terima kasih, Knizam!

Monday, October 6, 2008

Sunday, October 5, 2008

REVIEWED by blogger : amyikram ismail

Kopitiam Kurang Manis macam filem Yasmin Ahmad - amy ikram



'Kesunyian, Seks dan Kedai Kopi' adalah intipati utama yang boleh dirumuskan melalui filem pendek, Kopitiam Kurang Manis, arahan dan lakon layar Azri Abu Hassan. Filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telahpun ditayangkan di beberapa buah kelab seni filem sekitar Kuala Lumpur sehinggalah berjaya ditonton secara rangkaian web melalui portal murai.com. Filem yang menarik ini dibuka melalui susunan shot yang agak menarik perhatian saya melalui paparan visual yang memerlukan kita berfikir seketika apakah yang terjadi seterusnya dan apakah maksud disebalik tumpahan kopi dan terbaliknya cawan di atas meja. Visual yang dipaparkan itu memberikan pelbagai persoalan pada saya, barangkali akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Gambaran telur separuh masak yang diambil terlalu lama, menggambarkan watak lakonan Mislina Mustaffa itu akan menghadapi suatu saat yang bakal menggembirakan kehidupannya serta jugak buat Ah Keong, pemilik kedai kopi yang agak moody dengan ragam pelanggannya yang mula hilang hari demi hari akibat haruman kopi yang agak kurang memikat. Kegersangan seks dan nafsu Ah Keong yang agak meruncing itu boleh dilihat melalui alunan muzik latar cina yang agak klasik dengan pergerakan kamera dan kekuatan sinematografi membuatkan filem arahan Azri Abu Hassan ini seakan-akan filem Yasmin Ahmad. Bukan ingin membuat perbandingan antara kedua-duanya, tetapi inilah sebuah filem pendek yang mempunyai jalur pemikiran yang agak kuat, apatah lagi ia banyak bermain dengan aspek Mise-en-Scene dan Simbolismnya yang tersendiri. Dari sudut sinematografi, Kopitiam Kurang Manis boleh dipuji kerana penataan cahaya yang digunakan menggambarkan seseorang watak dan karektor itu mempunyai masalah dan setiap elemen yang dipersembahkan di dalam filem ini, bukan dibuat-buat atau sengaja diframekan di dalam seseuatu shot, malahan ia memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat penilaian atas naskhah Kopitiam Kurang Manis ini.

Persoalan kedua ialah, adakah watak lakonan Mislina Mustaffa itu disatukan dengan watak Ah Keong?. Siapakah insan yang bertanggungjawab menghamilkan Mislina?. Benarkah Mislina dan Ah Keong itu bersatu di bawah satu bumbung?. Ini persoalan yang kurang jelas ditafsirkan oleh pengarah melalui naskhah Kopitiam Kurang manis ini. Mungkin ia sekadar sebuah kisah pendek, tetapi dari sudut penceritaan, lakonan, pencahayaan dan falsafah, ia boleh dipuji. Akhirnya, Kedai Kopi milik Ah Keong menerima ramai pelanggan mungkin atas resepi cintanya pada Mislina?. Jikalau tidak benar, maafkan saya. Saya cuma mentafsir mengikut pemahaman saya ke atas filem ini.

sumber : Amy Ikram Ismail