Friday, October 17, 2008

Filem Pertama terbitan UiTM - WAYANG


Sinopsis Filem Wayang

Pengarah : Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit : UiTM - Universiti Teknologi Mara

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 13 November 2008
Durasi : 110 min
Audio : Tiada Maklumat
Format : 35mm

"Awang Lah, seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.

Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama.

Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri.

Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?"

___________________________________________________________________


Filem WAYANG terbitan pertama UiTM/Research Management Institute (RMI) dengan kerjasama FINAS akan ditayangkan di lebih buah pawagam mulai 13 November 2008. Satu promosi filem WAYANG ini akan diadakan khusus untuk tatapan warga UiTM seperti di butiran berikut :-

Tarikh : 17 Oktober 2008 (Jumaat)

Masa : 4.30 petang – 8.30 malam

Tempat : Dewan Sri Budiman

Tiket dijual pada harga RM6 dan boleh didapati melalui ahli jawatankuasa yang akan ke fakulti-fakulti.

Bagi staf yang berminat, sila hubungi Saudara Harith di talian 012-2679859.

Sila layari http://www.fact.uitm.edu.my/wayang untuk maklumat lanjut mengenai filem WAYANG.

1 comment:

Anonymous said...

aku suka filem ni.