Saturday, July 26, 2008

tenung+pandang=tendang



apa yg korang tgh fikir tuh eh?
hehehe...update sket. gambar di atas adalah Boy (gaffer) & Epolism (Asst.DOP & Editor).

Thursday, July 24, 2008

t-shirt 2nd version...


versi pertama telah habis dijual. kini kami keluarkan versi yang kedua pula.
jika berminat, sila emailkan kepada kami di xuranol@gmail.com

Thursday, July 17, 2008

1st premiere @ KL FRINGE FESTIVAL '08

dari kiri en.norman yusoff, pak Agi

Alhamdulillah screening pertama short film KOPITIAM KURANG MANIS berjaya dibuat bersempena dengan KL FRINGE FESTIVAL '08 yang bertempat di Bangunan Lama Dewan Bahasa & Pustaka. Feedback yang diterima agak baik.

Beberapa suara penonton ada mengatakan bahawa;

"...lessen the dialogue"

Alasannya cukup mudah dan menarik sebab katanya visual short film KOPITIAM KURANG MANIS sudah cukup kuat untuk memberi intrepetasi kepada penonton serta menimbulkan elemen tanda tanya towards the story. Malah idea yang dibangkitkan dalam short film KOPITIAM KURANG MANIS ini juga menarik dan universal.

Kata seorang penonton;

"Cinta, kopi dan seks bersatu dalam rasa yang penuh jahil untuk melengkapi keinginan kehidupan berpasangan..."

Cukup menarik intrepetasi seorang penonton ini terhadap short film ini. Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Si penonton ini juga mengusulkan agar short film ini dibawa lebih jauh ke festival luar negara. Insya-Allah kami akan cuba selagi ada ruang untuk kami berkarya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir untuk memberikan sokongan terhadap short film ini.

walaupun tak dapat join production, tp kamalia tetap memberi sokongan!

epul@editor dengan bangganya menampal poster disebelah kl fringe poster

dr.zul memberi sepatah dua kata

the directors

depa ni lah yang buat havoc waktu screening. u all mmg rock! (shah & nid dari Channel 9 )

en norman yusoff yang sentiasa beri sokongan

Tuesday, July 15, 2008

dup.dap,dupadap

kami selaku krew2 kopitiamkurangmanis ni mmg tak sabar nk tggu premiere di KL Fringe Festival'08, Rabu ni. ye la, tak sabar nk tggu respon dari orang ramai.

Buat masa skrg, kami sedang sibuk preparation utk jualan T-Shirt, printing poster dan sebagainya utk tujuan promosi. Kami masih lagi survey utk kedai2 printing termurah berdasarkan bajet yg ada. Alhamdulillah, seorang rakan, en.Otopan@Hafidz dari BigPictures offer harga termurah utk printing poster. Selepas kelas Itali, kami bergegas ke sebuah kompleks membeli-belah utk melihat sample t-shirt utk diprint (direkemen oleh Sani) dan kemudian makan malam di kedai kopitiam yg agak famous di sek7 sementara menunggu poster siap di print. masalah sedikit timbul dan kami terpaksa mengambil poster keesokkkan harinya. Disebabkan layanan yang bagus, kami tidak kisah utk mengambilnya esok hari. Thanks abg Nain! (NeigeDesign) oh ya terimakasih juga pemandu kami, en faisal adnan@rayzen! hehe...

Setinggi penghargaan....

marinamirana menulis ||


Orang kata kalau takde skrip yang bagus, sebuah filem pendek tak dapat dihasilkan.

Orang kata kalau takde pengarah yang bagus, susah nak dapat terjemahan visual yang menarik.

Orang kata kalau takde pengarah fotografi yang bagus, susah nak dapat outcome yang hebat.

Orang kata kalau takde kerjasama antara krew yang kuat. sesebuah team produksi tak dapat berjaya.

Ya....aku setuju. Malah amat yakin bahawa semua elemen ini merupakan antara unsur pokok yang menunjangi sesebuah produksi filem pendek.

Namun ketiadaan BYXURA dalam produksi "Kopitiam Kurang Manis" tidak memungkinkan secara online produksi ini dapat diketengahkan.


byxura aka the best photograper


Suka sekali aku ingin memberi kredit kepadanya selaku jurufoto tetap produksi ini selain pengarah bagi produksi di belakang tabir untuk filem pendek ini. Wang, waktu, tenaga, idea, konsep, pemasaran (entah apa lagi yang telah disumbangkan secara tidak langsung) segalanya dilakukan oleh beliau tanpa sebarang keluhan.

Beliaulah yang bertanggungjawab menguruskan hal t-shirt, beliaulah bertanggungjawab dalam menyediakan poster, beliau jugalah yang bertanggungjawab merangka setiap jenis online tentang filem pendek ini, beliau jugalah yang bersusah payah melebarkan produksi ini sehingga dikenali di kalangan rakan-rakan seni yang lain.

Tahniah!!!

Tanpa BYXURA, segala bentuk urusan online dan kreativiti menghasilkan poster, t-shirt serta beberapa perkara lain berkenaan pemasaran takkan berjaya.

Mata ini sentiasa memerhati sumbanganmu kawan....


aksi chomel dari byxura


(tapi kawan-kawan yang lain juga hebat dalam memberikan kerjasama sehingga melahirkan satu filem pendek yang cukup "cantik")



Sunday, July 13, 2008

KKM @ KL Fringe Festival




Kopitiamkurangmanis will screening at KL Fringe Festival'08 this 16th and 17th July at Dewan Bahasa & Pustaka on 8.30pm. Come and support us!

official website : KL Fringe Festival
others : KLUE , Kakiseni, SVARNABHUMI STUDIO , VisionKL .

Monday, July 7, 2008

Saturday, July 5, 2008

In The Middle of Completion...

marinamirana manulis ||


Alhamdulillah setelah berhempas pulas lebih kurang seminggu untuk memastikan sesi penggambaran KOPITIAM KURANG MANIS dapat dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan, akhirmya penggambaran dapat juga dihabiskan dalam masa tiga hari seperti yang ditetap dan diharapkan iaitu pada 30 Jun hingga 2 Julai 2008 (Isnin - Rabu). Sebagai seorang Producer dan Production Manager, tipulah kalau aku katakan yang langsung tiada masalah untuk menguruskan produksi ini, namun pahit manis yang aku rasakan biarlah aku simpan menjadi kenangan yang terindah untukku kenang.

Apa yang paling aku teruja dalam produksi kali ini adalah kerana ianya seumpama 'first baby' aku (juga beberapa krew yang lain) dalam menghasilkan short film, jadi betapa excitednya aku Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah menjadi seorang Producer dan Production Manager memberi banyak kelebihan kepada aku kerana aku dapat menjangkakan sebarang pertukaran budget dan dapat menukar budget dengan senang tanpa perlu banyak bersoal jawab dengan Producer kerana tugas seorang Production Manager banyak menggunakan wang untuk menggerakkan produksi.

Tentang krew-krew yang terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung) secara jujurnya aku tiada masalah dengan mereka, dan tampaknya mereka juga tiada masalah dengan aku. Segala permintaan dari segi produksi mahu pun kebajikan mereka, seboleh-bolehnya aku akan sediakan mengikut kemampuan budget yang diperuntukkan. Dan komitmen yang mereka berikan terhadap produksi ini benar-benar menyentuh hatiku memandangkan mereka juga sepertiku tidak dibayar sesen pun untuk projek ini. Jadi apabila melihat kesungguhan mereka bekerja membuatkan aku tersentuh tentang betapa beruntungnya aku mempunyai kawan-kawan yang begini. Mereka bekerja seolah-olah krew-krew freelancer yang sememangnya amat komited dengan tugas yang diberi. You guys really done a great job friends!!

Melalui garapan pelakon dan kesan pengarahan yang meyakinkan dari tuan pengarah, Azri Abu Hassan, aku amat berpuas hati dengan rushes yang diperolehi sepanjang tiga hari penggambaran yang dilakukan di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kelebihan menggunakan kamera HDV dalam sesi penggambaran ini jelas terpampang apabila kesan visual nampak lebih cantik dan memenuhi kehendak yang aku perlukan. Kerjasama yang diberikan pelakon mengikut kehendak pengarah menyenangkan proses penggambaran produksi ini.

Tiada seindah kata yang dapat aku ucapkan selain ALHAMDULILLAH kerana semua orang yang terlibat dalam produksi ini memberikan komitmen yang jitu terhadap produksi ini.

Terima kasih untuk semua team member KOPITIAM KURANG MANIS, En Norman Yusoff selaku penyelia projek yang telah meluangkan masanya yang terhad untuk melawat kami di set pada hari kedua penggambaran, semua unit pengurusan dan teknikal di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, unit kenderaan di UiTM induk, pemilik kopitiam yang bermurah hati memberi harga yang mampu dibayar oleh pelajar untuk menggunakan premis kopitiamnya sebagai set penggambaran, kedua ibu bapa Azri Abu Hassan yang mendahulukan wang produksi serta bonda Noor Marina Mohd Samsuri yang juga menyumbangkan wang secara tidak langsung dan kepada semua individu-individu yang telah membantu untuk merealisasikan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Syabas, tanpa kalian semua produksi ini tidak dapat bergerak secemerlang ini.

Kini sesi post-production sedang rancak dijalankan oleh saudara Epul di editing-suite Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM di samping sesi 'The Making Of...' oleh saudari By-xura masih dijalankan sehingga proses akhir produksi ini dijalankan.

Insya-Allah trailer awal akan dipostkan di web serta tayangan perdana akan dibuat di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Puncak Perdana apabila kesemua proses telah dapat dibuat.

Kepada semua team KOPITIAM KURANG MANIS.....

Nantikan WRAP PARTY seperti yang dijanjikan Cik Producer hehehehe Sealed






a few words from Mislina



we also have another version of BLOG

Friday, July 4, 2008

Hari kedua penggambaran yang sampai malam fuhhhhh


marinamirana menulis||

Alhamdulillah hari pertama penggambaran berjalan dengan lancar, begitu juga dengan hari kedua. Kebanyakan babak yang diambil semalam adalah babak-babak yang berlaku di dalam kopitiam berbanding hari ini banyak babak di dapur dan di tangga di ambil. Manakala pada sebelah malam pula babak di bilik atas di ambil. Menarik, itulah yang dapat ditafsir pada set di bilik atas kopitiam ini berbanding keadaan asalnya yang tak ubah seperti sebuah bilik tinggal sebelum zaman kemerdekaan. Hahahaha...

Bila ditanya pada si pengarah, katanya senang begitu kerana dapat menjimatkan masa set up kerana hanya beberapa zon sahaja digunakan pada hari-hari tertentu. Bagi seorang producer dari segi pengurusan tiada masalah major yang dihadapi untuk menguruskan sesi penggambaran hari kedua.

Pada hari pertama penggambaran, kesungguhan setiap krew menjalankan tugas jelas kelihatan di wajah setiap krew, manakala pada hari ini masing-masing sudah kelihatan bersahaja dan berada dalam keadaan yang lebih relaks dan selesa membuat penggambaran walaupun PENAT jelas kelihatan di wajah mereka kerana hari kedua penggambaran dilakukan sehingga ke malam.

Aku harap esok akan begitu juga dan semua orang akan berkerja dengan lebih keras lagi. Dan tak sabar nak menghabiskan hari penggambaran.

Emmm sebelum terlupa, En Norman selaku penyelia projek juga turut hadir pada sebelah malam untuk memberi semangat pada kami semua. Terima kasih En Norman, its an honoured to have you in our set location.

Ini adalah antara beberapa gambar semasa hari kedua.