Saturday, July 5, 2008

In The Middle of Completion...

marinamirana manulis ||


Alhamdulillah setelah berhempas pulas lebih kurang seminggu untuk memastikan sesi penggambaran KOPITIAM KURANG MANIS dapat dilaksanakan tanpa sebarang tangguhan, akhirmya penggambaran dapat juga dihabiskan dalam masa tiga hari seperti yang ditetap dan diharapkan iaitu pada 30 Jun hingga 2 Julai 2008 (Isnin - Rabu). Sebagai seorang Producer dan Production Manager, tipulah kalau aku katakan yang langsung tiada masalah untuk menguruskan produksi ini, namun pahit manis yang aku rasakan biarlah aku simpan menjadi kenangan yang terindah untukku kenang.

Apa yang paling aku teruja dalam produksi kali ini adalah kerana ianya seumpama 'first baby' aku (juga beberapa krew yang lain) dalam menghasilkan short film, jadi betapa excitednya aku Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah menjadi seorang Producer dan Production Manager memberi banyak kelebihan kepada aku kerana aku dapat menjangkakan sebarang pertukaran budget dan dapat menukar budget dengan senang tanpa perlu banyak bersoal jawab dengan Producer kerana tugas seorang Production Manager banyak menggunakan wang untuk menggerakkan produksi.

Tentang krew-krew yang terlibat (sama ada secara langsung atau tidak langsung) secara jujurnya aku tiada masalah dengan mereka, dan tampaknya mereka juga tiada masalah dengan aku. Segala permintaan dari segi produksi mahu pun kebajikan mereka, seboleh-bolehnya aku akan sediakan mengikut kemampuan budget yang diperuntukkan. Dan komitmen yang mereka berikan terhadap produksi ini benar-benar menyentuh hatiku memandangkan mereka juga sepertiku tidak dibayar sesen pun untuk projek ini. Jadi apabila melihat kesungguhan mereka bekerja membuatkan aku tersentuh tentang betapa beruntungnya aku mempunyai kawan-kawan yang begini. Mereka bekerja seolah-olah krew-krew freelancer yang sememangnya amat komited dengan tugas yang diberi. You guys really done a great job friends!!

Melalui garapan pelakon dan kesan pengarahan yang meyakinkan dari tuan pengarah, Azri Abu Hassan, aku amat berpuas hati dengan rushes yang diperolehi sepanjang tiga hari penggambaran yang dilakukan di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kelebihan menggunakan kamera HDV dalam sesi penggambaran ini jelas terpampang apabila kesan visual nampak lebih cantik dan memenuhi kehendak yang aku perlukan. Kerjasama yang diberikan pelakon mengikut kehendak pengarah menyenangkan proses penggambaran produksi ini.

Tiada seindah kata yang dapat aku ucapkan selain ALHAMDULILLAH kerana semua orang yang terlibat dalam produksi ini memberikan komitmen yang jitu terhadap produksi ini.

Terima kasih untuk semua team member KOPITIAM KURANG MANIS, En Norman Yusoff selaku penyelia projek yang telah meluangkan masanya yang terhad untuk melawat kami di set pada hari kedua penggambaran, semua unit pengurusan dan teknikal di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM, unit kenderaan di UiTM induk, pemilik kopitiam yang bermurah hati memberi harga yang mampu dibayar oleh pelajar untuk menggunakan premis kopitiamnya sebagai set penggambaran, kedua ibu bapa Azri Abu Hassan yang mendahulukan wang produksi serta bonda Noor Marina Mohd Samsuri yang juga menyumbangkan wang secara tidak langsung dan kepada semua individu-individu yang telah membantu untuk merealisasikan filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS ini. Syabas, tanpa kalian semua produksi ini tidak dapat bergerak secemerlang ini.

Kini sesi post-production sedang rancak dijalankan oleh saudara Epul di editing-suite Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM di samping sesi 'The Making Of...' oleh saudari By-xura masih dijalankan sehingga proses akhir produksi ini dijalankan.

Insya-Allah trailer awal akan dipostkan di web serta tayangan perdana akan dibuat di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Puncak Perdana apabila kesemua proses telah dapat dibuat.

Kepada semua team KOPITIAM KURANG MANIS.....

Nantikan WRAP PARTY seperti yang dijanjikan Cik Producer hehehehe Sealed






No comments: