Tuesday, July 15, 2008

Setinggi penghargaan....

marinamirana menulis ||


Orang kata kalau takde skrip yang bagus, sebuah filem pendek tak dapat dihasilkan.

Orang kata kalau takde pengarah yang bagus, susah nak dapat terjemahan visual yang menarik.

Orang kata kalau takde pengarah fotografi yang bagus, susah nak dapat outcome yang hebat.

Orang kata kalau takde kerjasama antara krew yang kuat. sesebuah team produksi tak dapat berjaya.

Ya....aku setuju. Malah amat yakin bahawa semua elemen ini merupakan antara unsur pokok yang menunjangi sesebuah produksi filem pendek.

Namun ketiadaan BYXURA dalam produksi "Kopitiam Kurang Manis" tidak memungkinkan secara online produksi ini dapat diketengahkan.


byxura aka the best photograper


Suka sekali aku ingin memberi kredit kepadanya selaku jurufoto tetap produksi ini selain pengarah bagi produksi di belakang tabir untuk filem pendek ini. Wang, waktu, tenaga, idea, konsep, pemasaran (entah apa lagi yang telah disumbangkan secara tidak langsung) segalanya dilakukan oleh beliau tanpa sebarang keluhan.

Beliaulah yang bertanggungjawab menguruskan hal t-shirt, beliaulah bertanggungjawab dalam menyediakan poster, beliau jugalah yang bertanggungjawab merangka setiap jenis online tentang filem pendek ini, beliau jugalah yang bersusah payah melebarkan produksi ini sehingga dikenali di kalangan rakan-rakan seni yang lain.

Tahniah!!!

Tanpa BYXURA, segala bentuk urusan online dan kreativiti menghasilkan poster, t-shirt serta beberapa perkara lain berkenaan pemasaran takkan berjaya.

Mata ini sentiasa memerhati sumbanganmu kawan....


aksi chomel dari byxura


(tapi kawan-kawan yang lain juga hebat dalam memberikan kerjasama sehingga melahirkan satu filem pendek yang cukup "cantik")