Sunday, August 31, 2008

another booth @ LAGU, PUISI & KOPI II


we open again our booth @ D'Bengkel it was at in front of our faculty.
thanks to Pak Agi for inviting us and the performances were totally awesome.



Thursday, August 28, 2008

preview : filem ESTET arahan MAMAT KHALID

we've been honouredly invited by the best director and the best film of FFM-21, Mamat Khalid to have a preview for his latest movie, ESTET@ his office. Movie starts around 10pm and end of the discussion around 3am.


KOPITIAMKURANGMANIS @ RANtAi - ARt


selepas tayangan di Layar Tanchap, KOPITIAMKURANGMANIS akan muncul semula di RANtAi - ARt seperti yang tertera pada poster diatas.

p/s : Peminat-peminat KOPITIAMKURANGMANIS yang masih tak jemu-jemu nk tengok cite ni meh la datang lagi. Dijangkakan akan ditayangkan pada 30hb Ogos jam 10pm.

thanks to Nad & Fatin.

Wednesday, August 13, 2008

REPORT : Layar Tanchap Merdeka'08



Terima kasih kepada pihak yang ramai membantu;

1. Krew-krew Layar Tanchap (CiCi, Syai, Yanniz)
2. Krew-krew Kopitiam Kurang Manis (Marina, Faisal, Anje, Siti Suhaidah & kawan)
3. Pembeli t-shirt Kopitiam Kurang Manis
4. Kopitiam supporters! (yang sanggup tunggu tayangan walaupun dah pkl 12 tgh mlm!)
5. yang terlibat secara langsung dan tidak langsung


p/s : kepada peminat-peminat Kopitiam Kurang Manis, tayangan seterusnya insyallah sebelum bulan puasa, iaitu selepas mid-term break di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik. Jadi. kepada siapa yang masih belum berkesempatan menonton filem pendek kami, anda dijemput hadir ke Puncak Perdana (berhampiran Puncak Alam) . Tayangan filem pendek ini akan disatukan bersama tayangan filem dokumentari yang turut tersenarai dalam pencalonan akhir untuk Festival Filem Malaysia-21 baru-baru ini iaitu Kami Yang Disyaki.

Diharap pembeli t-shirt kopitiamkurangmanis dapat menghantar gambar anda yang sedang memakai t-shirt kopitiamkurangmanis kepada kami untuk menghargai sokongan anda kepada kami. Sokongan anda sangatlah kami hargai!

mana yang buruk,terkurang, terkasar adalah dari kami, dan yang baik-baik semuanya adalah dari Allah SWT.

gambar2 sekitar Layar Tanchap Merdeka'08

booth KOPITIAMKURANGMANIS

jiran booth (en.Awang) *terima kasih sponsor air dan makanan heh~

sewaktu tayangan KKM (gambar : suckersoh hasaidi)




Monday, August 4, 2008

KOPITIAM KURANG MANIS on LAYAR TANCHAP MERDEKA






Untuk pengetahuan semua, KOPITIAM KURANG MANIS sekali lagi akan ditayangkan kepada umum. Kali ini event akan dianjurkan oleh geng-geng Layar Tanchap Shah Alam.

Butir-butir event adalah seperti berikut :

Tempat: Laman Budaya Shah Alam
Tarikh: 9 Ogos (Sabtu)
Masa: 3 ptg sampai 12 tgh mlm


Masa spesific untuk tayangan kopitiam akan diberitahu kelak. Jadi marilah kita sama-sama meriahkan majlis Layar Tanchap kali ini dan havoc kan tayangan KOPITIAM KURANG MANIS.

See u all there!!!




TOP 5



Alhamdulillah KOPITIAM KURANG MANIS berada dalam TOP 5 Pencalonan Filem Pendek Terbaik FFM21. Daripada lebih 30 pencalonan yang ada, menjadi antara 5 yang terbaik sudah mampu membuat seluruh warga kerja KOPITIAM KURANG MANIS tersenyum lebar. Dan yang paling manis lagi filem pendek ini merupakan satu-satunya wakil dari UiTM yang layak ke pencalonan 5 terbaik. Tahniah kepada semua warga kerja untuk projek filem pendek ini. Untuk menjadi Filem Pendek Terbaik FFM21 kami serahkan pada juri yang layak menilai hasil kerja kami. Tak dapat menjadi Filem Pendek Terbaik FFM21 pun kami dah cukup bersyukur menjadi antara 5 yang terbaik bagi tahun ini.