Tuesday, November 25, 2008

Awan Mendung Menanti Pelangi, a short film tribute to 80's Malay Film


Awan Mendung Menanti Pelangi mungkin Tiada Esok Bagimu..kerna aku Jauh Di sudut Hati, tapi Esok Masih Ada..Abang, Pertentangan Mama Oh Mama..Dia Ibuku.

Kau pergi Jua,
Setelah cintaku ini membawa,
hancur berderai jua akhirnya..kau pergi tak kembali..

Ayat-ayat dia atas merupakan tajuk filem Melayu tahun 80'an bersama lirik lagu Kau Pergi Jua.. telah mengimbau kembali kita pada tahun itu..dan aku mengingati kembali ketika aku sedang membesar dari kecil dengan filem-filem 80'an.. Aku suka zaman tersebut, indah, Melayu nya begitu halus, lembut mudah tersentuh jiwanya disebabkan masalah peribadi, keluarga dan moraliti.

Sepetang bersama rakan baik aku, di warung kopi, bukan kopitiam haaa!! Kami membincangkan idea filem pendek yang bakal diterbitkan terlintas di fikiranku, filem era 80'an ini sentiasa terbuku di hati dan kepala otak aku ni..cuma belum di tulis skripnya di atas KERTAS. Aku selalu malas menulis dulu bila dapat idea, dan aku diam tak bagitau sesiapa serta aku perlu bermain idea itu melalui visual di otak, lalu aku mula menulis skrip. Ya, Aku sentiasa berkhalwat bersama visual dalam otak aku..dan akhirnya, kawan baik aku memberi idea untuk buat skrip filem pendek tribute to 80's. Aku begitu gembira dan excited!! Dan aku menanti kawan baik aku dan sentiasa follow up perkembangan skrip itu. Tajuk skrip ialah Awan Mendung Menanti Pelangi...

Alhamdullilah, skrip pun dah siap..maka bertambah dosa aku lagi bermaksiat dengan visual dalam otak aku setelah membaca, dan aku dapat merasakan it is very interesting. Best. Percayalah, aku sendiri merasakan tidak sabar untuk mengarahkan filem pendek ini. Paling best ada dialog dan aku susah untuk dilupakan ialah:

FARAH MOHSIN
(sambil mengesat-ngesat pipinya)
Inikah sayang you pada I, Jeff? Dulu, Pipi inilah
yang selalu kau kucup, Jeff. Kini, tangan you yang
menyambar pipi ini! You're too much! Too much!

JEFRI
You yang too much! Dia ibuku - bukan ibumu!


Berdasarkan dialog di atas di petik pada babak ketika Jeffri memarahi girlfriendnya Farah Mohsin menyatakan ibunya Rohani seorang PELACUR..hehehe..memang kelakar. Cerita ini melodrama, tetapi apabila kita tengok filem pendek ini kita akan ketawa dari segi dialog, cerita dan look film ini pada zaman tersebut. Ya, filem pendek Awan Mendung Menanti Pelangi merupakan filem pendek tribute to 80's Malay Film dan merupakan satu penghormatan pada sutradara dan pembikin filem pada era tersebut. Setelah aku membaca dan bermaksiat dengan visual berdasarkan skrip, aku mula mencari lokasi rumah banglo yang sama taraf dengan watak Tuan Haji Taha seorang ahli perniagaan berjaya dan sering dapat tender Kerajaan pada tahun 80'an. Aku berjaya menyunting bunga di taman larangan iaitu sebuah banglo di UPM atas bukit pulak tu..memang best, tak ada gangguan trafik, tidak ada Cina Apek surat khabar lama, tak ada kanak-kanak bermain konda-kondi dan lain-lain lagi. Pendek kata memang sesuai dengan cerita ni pada satu babak sahaja. Setelah aku berbalas pantun dengan tuan rumah ini, maka dia setuju hasil peminangan aku untuk menggunakan rumah banglo ini untuk shooting filem pendek. Alhamdullilah buat kali kedua.
Proses seterusnya, aku sedang melamar pelakon-pelakon dalam filem pendek menerusi watak ROHANI, TUAN HAJI TAHA, JEFFRI, FARAH MOHSIN, RAJU DAN KAK MUNAH. Hmm, memang payah mencari dalam proses casting..semalaman aku bersama asst.director Mr. Faliq mencari pelakon yang mana paling sesuai dengan watak sehingga kami pula buat lawak menambahkan shot pada akhiri babak dimana ketika ROHANI keluar dari halaman terdapat sekumpulan india mengekori dari belakang ROHANI untuk di jadikan skandal..hahahaha! Just joke only. Watak ROHANI merupakan watak utama dalam cerita ini..bagi aku sumber rujukan pelakon seperti Noor Kumalasari seperti gambar di bawah, dan kemungkinan besar Aminah Rhapor bakal memegang watak ROHANI. Hehehe, siap sedialah Producer aku si Marina nak deal dan kontrak..hehehe!

Anyway, aku tidak sabar untuk di filemkan, terlalu banyak sangat aku bermaksiat dengan visual di otak ku, sehingga aku banyak menonton filem-filem era 80'an sebagai rujukan ku, dan sekarang sedang membuat proses pre-production dari sudut managment, costume, make-up, hair dressing, props, casting, photography reference dan director notes.
Lokasi di atas bakal di shooting di halaman rumah terdapat Mercedes Benz berwarna putih, satu set sofa rotan era 80'an dan sebuah motoskikal Scrambler Suzuki. Sila Bayangkan! hehehe!

1 comment:

brox said...

saya pun tak sabar nak tunngu siap tuan..