Saturday, January 10, 2009

SAYA TIDAK SUKA KOPITIAM KURANG MANIS - hassan abd muthalib, 9 Januari 2008


FADE IN

Kelihatan seorang lelaki tua berumur lewat 50an sedang memilih makanan di gerai Kandang. Memperlihatkan Hassan Abd Muthalib mengambil lauk ikan sardin lalu meletakkan di pinggan makan.
Di sudut lain, kelihatan seorang lelaki muda, kacak dan tampan di kenali sebagai LELAKI INI, 23 sedang memerhati gerak-geri Hassan Abd Muthalib. Kemudian Hassan nampak Lelaki Ini terus ke meja situ.

HASSAN
Hello, Lelaki Ini. Apa Khabar?

LELAKI INI
Oh Khabar Baik. En Hassan?

HASSAN
Saya baik. You tahu tak
ada berita terbaru saya agak
terkejut mendengarnya

LELAKI INI
Apa dia En Hassan?

Lelaki Ini cuba bertanya dengan nada perlahan dan ingin tahu apa yang sedang di fikirkan oleh Hassan.

HASSAN
Baru-baru ini, saya interview pengarah
filem Budak Kelantan, Where Azli.
Dia bagi tahu saya, dia aplikasikan
apa yang saya cakap tentang film
language dan nahu film dalam
filem Budak Kelantan

LELAKI INI
Oh ye ke...

Lelaki Ini menggaru kepalanya. Dia merasakan pelik. En Hassan ni macam buku filem di library ke?

HASSAN
Hahaha! Saya tak sangka mereka
mendengar cakap dan nasihat saya..
(gelak rasa bangga sambil pegang sudu garpu mencucuk langit)

LELAKI INI
En Hassan, terdapat tiga produk
short film UiTM, tercalon top 5
Festival Filem dan Video Pelajar
Malaysia ke 6 di UPM..

Lelaki Ini cuba mengubah topik perbualan.

LELAKI INI
Hmm, antaranya Pleasure, Air,
Malay YOU dan Kopitiam Kurang Manis..

Hassan mencelah.

HASSAN
SAYA TIDAK SUKA KOPITIAM KURANG MANIS!

Reaksi muka Lelaki Ini berubah menjadi muram seketika.

LELAKI INI
Kenapa En Hassan?

HASSAN
Filem pendek Kopitiam Kurang Manis tidak
ada jalan cerita..tidak tahu nak ke mana. Tiada
film language, nahu filem pun salah... Tapi, saya
suka ART DIRECTION, bagus dan CINEMATOGRAPHY
yang perfect.

HASSAN
Kita sebagai filmmaker perlu ada film
language dalam short film..baru boleh menilai
adakah produk itu baik, dan ada nilai-nilai
unsur seni.

Lelaki Ini memanggil Kakak di kaunter untuk kira makanannya.

LELAKI INI
Berapa harga makanan saya SAHAJA?

KAKAK KAUNTER
RM 6.00 aje dik..

Lelaki ini terus membayar lalu meninggalkan Hassan begitu sahaja. Lelaki Ini berjalan kaki menuju ke keretanya sambil kedengaran lagu background music I'll Survive.

LELAKI INI
(v/0)
AKU MEMBIKIN FILEM BUKAN UNTUK PENGKRITIK FILEM.
AKU HANYA INGIN BERKARYA MENGIKUT RASA HATI, UNTUK
BERKONGSI PENONTON, DAN AKU ADALAH SEORANG KARYAWAN!

FADE OUT.

TAMAT


SEBUAH FILEM REALITI KEHIDUPAN FILMMAKER.



10 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Saya trully cakaplah...kopitiam kurang manis pencetus revolusi melahirkan filem pendek berkualiti yang datang dari pelajar sendiri....

Keep a good work....jangan peduli cakap orang lain yang penting kita ikhlas dalam berkarya

Anonymous said...

setiap orang punya pendapat masing2.

kalau saya, kopitiam tetap punya keistimewaannya yang tersendiri. teruskan usaha.

azri abu hassan said...

Rambut sama hitam, hati lain. Kita orang MALAY SIA!

Fasyali Fadzly said...

pedulikan apa orang cakap beb. kita kena stand dengan apa yang kita buat. belajar dari kesilapan itu bagus tetapi jangan jadikan kesilapan sebagai satu tiket untuk kita terus buat silap.

apa-apa pun azri, aku cukup suka dengan kopitiam. ada roh di situ.aku ada tulis dalam blog aku. orang yang dibogelkan melalui karya adalah orang yang seksi. dan aku anggap ko seksi.

keep it up, bro. aku sentiasa mahu mengikuti hasil kerja ko.

mapieceofart said...

maybe die bukan target audien untuk kopitiam... so, what the fish...?? biarkan saja dgn pendapatnya, kita pendapat kita...

kopitiam rawkk...

~0^_^0~

marinamirana said...

Pertama kali aku diajak untuk buat short filem sebagai seorang PM adalah oleh AZRI ABU HASSAN. Takde apa yang aku expect dari dia mahu pun dari diri aku sendiri. Aku sekadar ingin mengisi waktu cuti semester dan ingin sekali join any type of production sebab dah lama sangat tak join shooting since keje kat MiTV dan masuk UiTM ni.

So apa yang aku harapkan adalah aku dapat melihat bagaimana sesebuah filem pendek itu difilemkan. Dan ternyata apa yang aku nak lihat itu, aku perolehnya. Tentang cerita apa, falsafahnya, alirannya, atau barangkali ke manakah arah tujunya filem pendek KOPITIAM KURANG MANIS, tidak sedikit pun aku ambil pusing.

Namun setelah AZRI bersungguh-sungguh ingin menjadikan projek ini kenyataan sekali gus melantik aku sebagai produsernya (pada nama je, sebab fund UiTM yang bagi) barulah aku mengambil kira beberapa faktor. Itu pun tidak sehingga pergi jauh ke dasar sehingga memerlukan AZRI membuka buku untuk menjawab segala pertanyaan bodoh aku. Tapi ini bukan bermakna aku begitu bangang sehingga tidak dapat mentafsir apa sebenarnya yang ingin AZRI sampaikan dalam skrip dan arahannya ini. Cuma apa yang aku fikirkan ketika itu adalah, sampai bila kita nak berlandaskan itu tak boleh, ini tak boleh, takde falsafah tak boleh buat filem pendek serta cerita kosong takde apa sangat nak disampaikan.

Jujurnya pada aku itu semua terletak pada penilaian seseorang. Jika seseorang itu menilai dengan ilmu, berilmulah filem pendek itu sekali gus mereflekskan berilmukah penilai itu.

Bak kata AZRI sendiri Rambut sama hitam, hati lain. Kita orang MALAY SIA!

Jadi apa saja penilaian yang hendak diberikan oleh sesiapa sahaja, aku dan kawan-kawan kopitiam yang lain memang terbuka untuk sebarang kritikan. Dan pada aku tiada istilah kritikan negatif dalam benak aku. Lagi buruk dan pelik penilaian yang diberi, aku rasa lagi berjaya filem pendek itu melekat di hati penonton sehingga 'mengganggu hidupnya' yang mana akhirnya membuatkan seseorang itu memberi feedback. Itu juga membuktikan bahawa penonton KOPITIAM KURANG MANIS benar-benar menonton filem pendek tersebut sehingga mampu memberi komen. Kalau setakat tengok sebab nak jaga hati kawan-kawan, mesti jawapannya kurang mencabar minda kerana barangkali mereka antara tengok dengan tidak. Kalau tengok sekali pun mungkin pandangan mereka sudah menembusi skrin tayangan dan bukannya pada apek pembuat kopi dan Leez.

Jadi pada LELAKI INI, biarkan sesiapa saja memberi sebarang interpretasi. Kerana tuhan telah menyediakan bidadari di syurga untuk kau. Dan bidadari kau dan bidadari dia semestinya tidak sama cantiknya seperti mana kau melihat bidadari muda dan dia melihat bidadari tua.

Cuma kepada LELAKI INI, ujian lebih besar akan menanti untuk AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI.

Aku memberi komen kerana aku mahu terus berkerja dengan kau menghasilkan filem pendek lagi.

"AKU SEKADAR MEMBERI APA YANG AKU RASA. DAN RASA AKU TAK SAMA DENGAN RASA ENGKAU"

azri abu hassan said...

SEBENARNYA KOPITIAM KURANG MANIS..TERLALU BANYAK KESAN AMBIGUITY DARI ASPEK PENCERITAAN DAN LAIN-LAIN LAGI. MANUSIA YANG BERNAMA AZRI ABU HASSAN HANYA SEKADAR BERCERITA, DAN TIDAK LEBIH DARIPADA ITU.. SEMUA KOMEN SENTIASA DITERIMA SECARA TERBUKA..DAN AZRI AKAN MEMPERBAIKI SEGALA KESILAPAN UNTUK HASILKAN KARYA YANG TERBAIK. THANK YOU.

Melodi Aku said...

bole aku memaki?

kaffeestube : wenig zucker said...

silakan, melodiaku.

HajarAznam said...

Kalau ingin berkarya mengikut rasa hati maka jangan cepat terasa hati.

Jika ingin hanya berkarya jangan kisah pasal anugerah.


:)