
Aku bertanya "Kenapa En Norman?" Lalu dia membalas "Our Dekan, Prof Dr Hatta Azad Khan tak bagi tayang."
Aku menghempas badan aku ke kerusi yang begitu empuk dan enak di bilik ketua program skrin. Aku memandang satu sudut tanpa mengelipkan mata aku yang begitu cantik seperti Tom Cruise. Di dalam kepala otak aku, ramai followers KOPITIAM, rakan-rakan pelajar fakulti menanti tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi pada malam tersebut. Seolah-olah aku telah menghampakan mereka semua.
Aku minta maaf wahai rakan-rakan sekalian.
Aku minta maaf wahai team produksi kopitiam dan awan mendung menanti pelangi.
Yang nyata, aku bukan bersalah. Setahu aku, lebih 30 orang sudah menonton filem pendek ini, dan memberi respon yang baik. Tapi hanya satu sahaja MANUSIA yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini tidak memberi kebenaran tayangan. Aku tak sanggup menceritakan sebab-sebab mengapa beliau tak bagi tayang... Tanyalah pada Producer aku Marinamirana, P.A aku Byxura dan Ketua Program Skrin, Norman Yusoff.
Sekian,
azri abu hassan
p/s tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi akan disiarkan di sebuah art event, LAYAR TANCHAP pada 30hb ini.
7 comments:
yang ini aku bengang. ada plak wujud lembaga penapisan filem pendek TEKA. biasa kalau sebut lembaga-lembaga ni macam hantu tau. hantu kan suka kacau orang. sama la tu. lembaga ngn hantu. takpe, tabah je beb. lepas ni ko wat sendiri je senang.
ni apa jadahnye si HATTA ni haa?? Dah "WAYANG" dia tu tak brapa dapat sambutan buat, nak potong orang lain pulak....apa kes ni??? Aku cadangkan korang report dekat VC jeeee.
oh yee apa sebab dia banned??? Ada aksi lucah ke?? Tak pon dia takut reputasi dia sebagai 'Pembikin Filem' terjejas ekoran arrival korang dalam fakulti kot.....HAHAHAH.
Apa kata aku cadangkan korang buat satu gerakan 'KENA'kan dekan.
ape mende ni. nak filem mcm mana lagi? adoi. saport sikit la. mangkok betul la.
banned hanya di fakulti, di luar by hook or by crook tetap akan tayang!!
oh my... :(
saya mmg terkujat tgk gambar kat Byxura nye FB dan bermcam persoalan bermain di kepala.
Nanti saye risik sendiri 4 wives and 1 husband dari yang berkenaan.
Apa2 pun, banyak banyakkkkk bersabar, pasti ada hikmah.
Every cloud has a silver lining.
marinamirana;
sgt setuju!!!! apa esah kena banned kat fakulti... kat luar redah la... kat fakulti pun boleh bagi org tengok, secara tertutup ataupun dvd... apa ada hal...
korang redah je!!!!
PADA 21 JANUARI 2008, 8.00 MALAM, DI PANCHA DELIMA AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI BOLEH DI TAYANGKAN DAN KELULUSAN TELAH DI BERIKAN OLEH PROF HATTA AZAD KHAN.TQ
Post a Comment