Berita baik, tayangan perdana Laskar Pelangi buat pertama kalinya di Malaysia akan berlangsung di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam.
Hari : Khamis dan Jumaat Tarikh : 9 dan 10 JULAI 2009 Pukul : 8.00 malam Tempat : Studio Pancha Delima (DTS, DOLBY DIGITAL) Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam.
MASUK PERCUMA!!!
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Towkey Panggung : 012-3618562 Minachi tukang jual kuaci dan kacang putih : 017-5061405 Projectionist : 012-9795542
Pada 17 Jun 2009, filem pendek Kopitiam Kurang Manis terbitan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah mencecah setahun. Banyak pengalaman krew produksi berkongsi bersama, filem pendek ini telah memasuki beberapa tempat festival hanya dapat nominated as best short film dan best director..sehingga ada segelinitr pihak menggelarkan diri sang sutradara adalah Raja Pencalonan. Kelakar. Walaubagaimanapun pihak luar namapak bahawasanya student UiTM begitu hebat menghasilkan produk ini. Ada memuji, mencaci, tak suka dan sebagainya. Biasalah adat pembikinan filem pendek, belum lagi filem panggung 35mm. WALAU BAGAIMANAPUN TAHNIAH KEPADA KREW, PELAKON, PRODUCER MARINAMIRANA dan beberapa org lain berjaya melaksanakan filem pendek Kopitiam Kurang Manis.
Oleh itu, pihak admin Kopitiam Kurang Manis ingin berkongsi bersama anda tentang fenomena industri perfileman kita sekarang. Sila clik : http://nextmoviescinemas.blogspot.com/2009/06/re-malaysian-cinema-syurga-cinta.html
Disini, saya ingin berhenti seketika untuk berkarya kerana waktu saya bersama rakan krew produksi terlalu sibuk dalam menjalani rutin kehidupan seharian. Oleh itu jangan risau, saya akan kembali berkarya dalam KOPITIAM PRODUCTION. Sekian, terima kasih.
Filem yang diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata ini dipenuhi kisah tentang kalangan masyarakat pedalaman yang berkisarkan tentang perjuangan hidup yang mementingkan pendidikan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.
arahan, RIRI RiZA
"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" -Laskar Pelangi
Najib telahpun dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-6, maka lengkaplah teori RAHMAN.
R : Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj A : Abdul Razak (Tun Abdul Razak) H : Hussein (Tun Hussein Onn) M : Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) A : Abdullah ( ramai yg pernah ramalkan A utk Anwar Ibrahim) N : Najib
Kita telah pun mendapat seorang Perdana Menteri yang baru, PM yang ke-6. Suka atau tidak, rakyat Malaysia ada hak untuk menyatakan pendapat.
Melihat dari satu sudut, Teori RAHMAN yang di sebut oleh seorang penulis politik tersohor Syed Hussien Al Attas yang meramalkan tentang PM-PM di Malaysia. Teori ini diperkenalkan dari sekumpulan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di era Datuk Harun Idris pada tahun 1973. Bagaimanapun, tiada sesiapa mengetahui siapakah insan pertama yang mencipta teori berkenaan.
Persoalannya, Siapa selepas Najib? Mungkinkah benar teori Najib PM terakhir kerajaan BN?
adakah Teori RAHMAN sudah sampai ke penghujungnya...?
Mengikut pendukung teori ini, bakal-bakal PM Malaysia selama enam generasi mulai 1957, adalah dari kalangan mereka yang pangkal namanya terangkum dalam abjad perkataan RAHMAN.
Teori ini pernah menjadi polemik hangat di era Mahathir bila Tun Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kata pendukung teori, Musa tidak akan menjadi PM kerana abjad pangkal namanya tidak menepati huruf A selepas M yang diisi oleh Mahathir.
Bila Musa meletakkan jawatan dan Tun Abdul Ghaffar Baba mengisi kekosongannya, para pendukung teori ini mengatakan Ghaffar mungkin menjadi PM sesudah Mahathir. Bagaimanapun proses politik menggantikan Ghaffar dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Oleh kerana abjad di pangkal nama itu adalah A, maka pendukung teori itu yakin Anwar akan menjadi PM selepas Mahathir.
Hajat Anwar tidak kesampaian. Proses politik meminggirkan beliau daripada teori RAHMAN. Tetapi, Abdullah pula yang mengisi abjad A dalam teori RAHMAN.
Abjad terakhir N dalam teori RAHMAN ini dipenuhi oleh Najib semalam. Ini bermakna tamatlah curcuit teori RAHMAN ini. Dengan itu, mungkin muncul pihak yang akan mengemukakan teori-teori lain bagi meramalkan siapakah PM Malaysia di masa akan datang?
Mungkinkah muncul teori HAMKA? H=Hishamuddin A=Ahmad Zahid Hamidi M=Mukhriz K=Khairy A=
*Hanyalah ramalan, syirik kalau percaya. Kepada Allah kita berserah untuk kesejahteraan negara Malaysia.
oleh Michael Heart WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart)Copyright 2009
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
Dari kaca mata aku, azri abu hassan, semestinya bersyukur kerana Awan Mendung Menanti Pelangi dapat di tayangkan selepas Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Prof Hatta Azad Khan membuat keputusan untuk BANNED. Pada 21 Januari 2008, RABU, jam 8 malam bertempat di Pancha Delima Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM Puncak Perdana anda di jemput hadir menonton dan sesi soal jawab bersama pengarah muda antaranya Zainorhisyam, Azri Abu Hassan dan Jaja Kadir. Selain itu tenaga krew produksi juga akan terlibat bersama dalamsesi soal jawab dari sudut art direction, photography dan producer.
Terdapat TIGA buah filem pendek iaitu iaitu Omah Ciliku Enek Kelambu, Awan Mendung Menanti Pelangi dan Sinkronis.
Butiran Lanjut seperti berikut :
Omah Cilikku Enek Kelambu / The Mosquito Net in My Little House (Director: Mohd Zainorhisyam, 2008, 11min.) In Javanese with Malay & English subtitles
This simple, slice-of-life story focuses on a peasant who promises his son to buy him a new pair of slippers on the way back from attending prayer. This leads to a night of ‘thought-provoking’ when at home his wife laments over their deplorable state of life during their bedtime conversation.
Awan Mendung Menanti Pelangi / The Rainbow Hides Behind the Cloudy Sky (Director: Azri Abu Hassan, 2008, 20min.) In Malay with English subtitles
This short pays tribute to and is made in the style of those cloying, overly sentimental Malay melodramas of the late 1970s and early 1980s. Rohani, a college lecturer in her 40s, returns home to seek forgiveness after having a scandalous affair with her Indian student, Raju who is twenty years younger. Will Rohani be forgiven?
A lonely and dispirited photographer contemplates and reminisces over his tempestuous relationship with his former girlfriend when she was treated secondarily after his camera. By fully utilizing images and sound to render its story and to evoke emotional resonance, the short explores themes of love, loss and remorse.
Darah aku membeku. Apabila ketua program skrin memberitahu aku, filem pendek AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI kena BANNED dan tidak boleh ditayang pada malam premiere 21 Januari 2008 di Pancha Delima, Uitm Puncak Perdana.
Aku bertanya "Kenapa En Norman?" Lalu dia membalas "Our Dekan, Prof Dr Hatta Azad Khan tak bagi tayang."
Aku menghempas badan aku ke kerusi yang begitu empuk dan enak di bilik ketua program skrin. Aku memandang satu sudut tanpa mengelipkan mata aku yang begitu cantik seperti Tom Cruise. Di dalam kepala otak aku, ramai followers KOPITIAM, rakan-rakan pelajar fakulti menanti tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi pada malam tersebut. Seolah-olah aku telah menghampakan mereka semua.
Aku minta maaf wahai rakan-rakan sekalian. Aku minta maaf wahai team produksi kopitiam dan awan mendung menanti pelangi. Yang nyata, aku bukan bersalah. Setahu aku, lebih 30 orang sudah menonton filem pendek ini, dan memberi respon yang baik. Tapi hanya satu sahaja MANUSIA yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini tidak memberi kebenaran tayangan. Aku tak sanggup menceritakan sebab-sebab mengapa beliau tak bagi tayang... Tanyalah pada Producer aku Marinamirana, P.A aku Byxura dan Ketua Program Skrin, Norman Yusoff.
Sekian,
azri abu hassan
p/s tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi akan disiarkan di sebuah art event, LAYAR TANCHAP pada 30hb ini.
Semalam, aku melihat rakan seperjuanganku, pelajar perfileman bersorak di atas kemenangan filem pendek, Aku turut gembira, Menepuk tangan, Tersentuh di hati, Lalu aku bertanya, Mungkin belum tiba masanya, Karyaku diangkat sebagai karya terbaik...
Hanya cukup tercalon sahaja, Aku kembali melihat rakan seperjuanagnku, Yang tidak kira warna kulit, Ini Malay Sia! Senyum, Tawa dan Sedih... Bukan bangsaku di atas pentas.
Aku renung kembali, Adakah karya aku tidak seHEBAT mereka? Atau karya aku masih ada cacat-cela?? Mungkin, Arghhh!!!! Persetan kau wahai Sang Juri! Aku masih kecil ibarat semut mencari rezeki, Dan aku seorang Karyawan...
Kelihatan seorang lelaki tua berumur lewat 50an sedang memilih makanan di gerai Kandang. Memperlihatkan Hassan Abd Muthalib mengambil lauk ikan sardin lalu meletakkan di pinggan makan. Di sudut lain, kelihatan seorang lelaki muda, kacak dan tampan di kenali sebagai LELAKI INI, 23 sedang memerhati gerak-geri Hassan Abd Muthalib. Kemudian Hassan nampak Lelaki Ini terus ke meja situ.
HASSAN Hello, Lelaki Ini. Apa Khabar?
LELAKI INI Oh Khabar Baik. En Hassan?
HASSAN Saya baik. You tahu tak ada berita terbaru saya agak terkejut mendengarnya
LELAKI INI Apa dia En Hassan?
Lelaki Ini cuba bertanya dengan nada perlahan dan ingin tahu apa yang sedang di fikirkan oleh Hassan.
HASSAN Baru-baru ini, saya interview pengarah filem Budak Kelantan, Where Azli. Dia bagi tahu saya, dia aplikasikan apa yang saya cakap tentang film language dan nahu film dalam filem Budak Kelantan
LELAKI INI Oh ye ke...
Lelaki Ini menggaru kepalanya. Dia merasakan pelik. En Hassan ni macam buku filem di library ke?
HASSAN Hahaha! Saya tak sangka mereka mendengar cakap dan nasihat saya.. (gelak rasa bangga sambil pegang sudu garpu mencucuk langit)
LELAKI INI En Hassan, terdapat tiga produk short film UiTM, tercalon top 5 Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 6 di UPM..
Lelaki Ini cuba mengubah topik perbualan.
LELAKI INI Hmm, antaranya Pleasure, Air, Malay YOU dan Kopitiam Kurang Manis..
Hassan mencelah.
HASSAN
SAYA TIDAK SUKA KOPITIAM KURANG MANIS!
Reaksi muka Lelaki Ini berubah menjadi muram seketika.
LELAKI INI Kenapa En Hassan?
HASSAN Filem pendek Kopitiam Kurang Manis tidak ada jalan cerita..tidak tahu nak ke mana. Tiada film language, nahu filem pun salah... Tapi, saya suka ART DIRECTION, bagus dan CINEMATOGRAPHY yang perfect.
HASSAN Kita sebagai filmmaker perlu ada film language dalam short film..baru boleh menilai adakah produk itu baik, dan ada nilai-nilai unsur seni.
Lelaki Ini memanggil Kakak di kaunter untuk kira makanannya.
LELAKI INI Berapa harga makanan saya SAHAJA?
KAKAK KAUNTER RM 6.00 aje dik..
Lelaki ini terus membayar lalu meninggalkan Hassan begitu sahaja. Lelaki Ini berjalan kaki menuju ke keretanya sambil kedengaran lagu background music I'll Survive.
LELAKI INI (v/0) AKU MEMBIKIN FILEM BUKAN UNTUK PENGKRITIK FILEM. AKU HANYA INGIN BERKARYA MENGIKUT RASA HATI, UNTUK BERKONGSI PENONTON, DAN AKU ADALAH SEORANG KARYAWAN!