Tuesday, January 20, 2009

everyone is invited!!!


Dari kaca mata aku, azri abu hassan, semestinya bersyukur kerana Awan Mendung Menanti Pelangi dapat di tayangkan selepas Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Prof Hatta Azad Khan membuat keputusan untuk BANNED. Pada 21 Januari 2008, RABU, jam 8 malam bertempat di Pancha Delima Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM Puncak Perdana anda di jemput hadir menonton dan sesi soal jawab bersama pengarah muda antaranya Zainorhisyam, Azri Abu Hassan dan Jaja Kadir. Selain itu tenaga krew produksi juga akan terlibat bersama dalamsesi soal jawab dari sudut art direction, photography dan producer.

Terdapat TIGA buah filem pendek iaitu iaitu Omah Ciliku Enek Kelambu, Awan Mendung Menanti Pelangi dan Sinkronis.

Butiran Lanjut seperti berikut :

Omah Cilikku Enek Kelambu / The Mosquito Net in My Little House
(Director: Mohd Zainorhisyam, 2008, 11min.) In Javanese with Malay & English subtitles


This simple, slice-of-life story focuses on a peasant who promises his son to buy him a new pair of slippers on the way back from attending prayer. This leads to a night of ‘thought-provoking’ when at home his wife laments over their deplorable state of life during their bedtime conversation.

Awan Mendung Menanti Pelangi / The Rainbow Hides Behind the Cloudy Sky
(Director: Azri Abu Hassan, 2008, 20min.) In Malay with English subtitles


This short pays tribute to and is made in the style of those cloying, overly sentimental Malay melodramas of the late 1970s and early 1980s. Rohani, a college lecturer in her 40s, returns home to seek forgiveness after having a scandalous affair with her Indian student, Raju who is twenty years younger. Will Rohani be forgiven?

Sinkronis / Synchronic
(Director: Jaja Ismail, 2008, 18min.)


A lonely and dispirited photographer contemplates and reminisces over his tempestuous relationship with his former girlfriend when she was treated secondarily after his camera. By fully utilizing images and sound to render its story and to evoke emotional resonance, the short explores themes of love, loss and remorse.

Thursday, January 15, 2009

awan mendung menanti pelangi - kena BANNED di FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK, UiTM.

Darah aku membeku. Apabila ketua program skrin memberitahu aku, filem pendek AWAN MENDUNG MENANTI PELANGI kena BANNED dan tidak boleh ditayang pada malam premiere 21 Januari 2008 di Pancha Delima, Uitm Puncak Perdana.

Aku bertanya "Kenapa En Norman?" Lalu dia membalas "Our Dekan, Prof Dr Hatta Azad Khan tak bagi tayang."

Aku menghempas badan aku ke kerusi yang begitu empuk dan enak di bilik ketua program skrin. Aku memandang satu sudut tanpa mengelipkan mata aku yang begitu cantik seperti Tom Cruise. Di dalam kepala otak aku, ramai followers KOPITIAM, rakan-rakan pelajar fakulti menanti tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi pada malam tersebut. Seolah-olah aku telah menghampakan mereka semua.

Aku minta maaf wahai rakan-rakan sekalian.
Aku minta maaf wahai team produksi kopitiam dan awan mendung menanti pelangi.
Yang nyata, aku bukan bersalah. Setahu aku, lebih 30 orang sudah menonton filem pendek ini, dan memberi respon yang baik. Tapi hanya satu sahaja MANUSIA yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini tidak memberi kebenaran tayangan. Aku tak sanggup menceritakan sebab-sebab mengapa beliau tak bagi tayang... Tanyalah pada Producer aku Marinamirana, P.A aku Byxura dan Ketua Program Skrin, Norman Yusoff.

Sekian,

azri abu hassan

p/s tayangan Awan Mendung Menanti Pelangi akan disiarkan di sebuah art event, LAYAR TANCHAP pada 30hb ini.

Monday, January 12, 2009

SURAT DARI KARYAWAN - 11/1/2009

















Semalam, aku melihat rakan seperjuanganku,
pelajar perfileman bersorak di atas kemenangan filem pendek,
Aku turut gembira,
Menepuk tangan,
Tersentuh di hati,
Lalu aku bertanya,
Mungkin belum tiba masanya,
Karyaku diangkat sebagai karya terbaik...

Hanya cukup tercalon sahaja,
Aku kembali melihat rakan seperjuanagnku,
Yang tidak kira warna kulit,
Ini Malay Sia!
Senyum, Tawa dan Sedih...
Bukan bangsaku di atas pentas.

Aku renung kembali,
Adakah karya aku tidak seHEBAT mereka?
Atau karya aku masih ada cacat-cela??
Mungkin,
Arghhh!!!! Persetan kau wahai Sang Juri!
Aku masih kecil ibarat semut mencari rezeki,
Dan aku seorang Karyawan...

Saturday, January 10, 2009

SAYA TIDAK SUKA KOPITIAM KURANG MANIS - hassan abd muthalib, 9 Januari 2008


FADE IN

Kelihatan seorang lelaki tua berumur lewat 50an sedang memilih makanan di gerai Kandang. Memperlihatkan Hassan Abd Muthalib mengambil lauk ikan sardin lalu meletakkan di pinggan makan.
Di sudut lain, kelihatan seorang lelaki muda, kacak dan tampan di kenali sebagai LELAKI INI, 23 sedang memerhati gerak-geri Hassan Abd Muthalib. Kemudian Hassan nampak Lelaki Ini terus ke meja situ.

HASSAN
Hello, Lelaki Ini. Apa Khabar?

LELAKI INI
Oh Khabar Baik. En Hassan?

HASSAN
Saya baik. You tahu tak
ada berita terbaru saya agak
terkejut mendengarnya

LELAKI INI
Apa dia En Hassan?

Lelaki Ini cuba bertanya dengan nada perlahan dan ingin tahu apa yang sedang di fikirkan oleh Hassan.

HASSAN
Baru-baru ini, saya interview pengarah
filem Budak Kelantan, Where Azli.
Dia bagi tahu saya, dia aplikasikan
apa yang saya cakap tentang film
language dan nahu film dalam
filem Budak Kelantan

LELAKI INI
Oh ye ke...

Lelaki Ini menggaru kepalanya. Dia merasakan pelik. En Hassan ni macam buku filem di library ke?

HASSAN
Hahaha! Saya tak sangka mereka
mendengar cakap dan nasihat saya..
(gelak rasa bangga sambil pegang sudu garpu mencucuk langit)

LELAKI INI
En Hassan, terdapat tiga produk
short film UiTM, tercalon top 5
Festival Filem dan Video Pelajar
Malaysia ke 6 di UPM..

Lelaki Ini cuba mengubah topik perbualan.

LELAKI INI
Hmm, antaranya Pleasure, Air,
Malay YOU dan Kopitiam Kurang Manis..

Hassan mencelah.

HASSAN
SAYA TIDAK SUKA KOPITIAM KURANG MANIS!

Reaksi muka Lelaki Ini berubah menjadi muram seketika.

LELAKI INI
Kenapa En Hassan?

HASSAN
Filem pendek Kopitiam Kurang Manis tidak
ada jalan cerita..tidak tahu nak ke mana. Tiada
film language, nahu filem pun salah... Tapi, saya
suka ART DIRECTION, bagus dan CINEMATOGRAPHY
yang perfect.

HASSAN
Kita sebagai filmmaker perlu ada film
language dalam short film..baru boleh menilai
adakah produk itu baik, dan ada nilai-nilai
unsur seni.

Lelaki Ini memanggil Kakak di kaunter untuk kira makanannya.

LELAKI INI
Berapa harga makanan saya SAHAJA?

KAKAK KAUNTER
RM 6.00 aje dik..

Lelaki ini terus membayar lalu meninggalkan Hassan begitu sahaja. Lelaki Ini berjalan kaki menuju ke keretanya sambil kedengaran lagu background music I'll Survive.

LELAKI INI
(v/0)
AKU MEMBIKIN FILEM BUKAN UNTUK PENGKRITIK FILEM.
AKU HANYA INGIN BERKARYA MENGIKUT RASA HATI, UNTUK
BERKONGSI PENONTON, DAN AKU ADALAH SEORANG KARYAWAN!

FADE OUT.

TAMAT


SEBUAH FILEM REALITI KEHIDUPAN FILMMAKER.



Wednesday, January 7, 2009

KOPITIAMKURANGMANIS SELECTED AGAIN!

Alhamdulillah. We are in short listed in 2 categories,
1. ANUGERAH VIDEO PENDEK (CEREKA) TERBAIK
2. ANUGERAH PENGARAH VIDEO PENDEK (CEREKA) TERBAIK

MORE INFORMATION LOG ON TO FFVPM