Sunday, June 29, 2008

director's voice

Azri Abu Hassan (director)

Setelah 3 bulan yang lepas, pengarah mengilhamkan sebuah skrip karya pendek yang diberi tajuk Kopitiam Kurang Manis. Mungkin ramai akan tertanya-tanya... apakah yang di maksudkan 'kurang manis'. Ianya akan menjadi tanda tanya. Jadi baguslah dengan filem pendek yang bertajuk sedemikian secara tidak langsung ianya menarik minat penonton melihat filem pendek ini. Idea asal ini tercetus setelah 3 bulan bersama makhluk tuhan paling cerdik di dunia hasil perbincangan bersama saya. Setelah berbincang dengannya, maka saya menambahkan gula, garam, bawang dan halia bagi menyedapkan idea dan penghasilan skrip ini.

Pada 1st draft skrip di buat... agak best pada peringkat yang baru belajar hasil penulisan skrip (aku kot? hehehe)... dan mendengar pelbagai pihak, pengkritik filem hebat Malaysia, tak perlu saya sebut menyatakan sebuah skrip yang paling lemah mereka baca. Lidah terkedu, hati terasa sakit. Itu tidak ada masalah sebagai sutradara... saya rasa perlu diperbaiki agar skrip filem pendek dapat di visualkan secara cinematic value. Skrip filem pendek Kopitiam Kurang Manis telah pun memasuki draf ke-8 dan ia menjadi final draft. Dah tak larat nak bagi input dan layer-layer melalui babak..

Pada pengamatan saya, sebuah filem pendek atau filem wayang yang baik dari sudut cerita, pengarahan, sinematografi, pengarahan seni dan sebagainya haruslah berpandukan pada penghasilan skrip yang bagus. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, Caesar Zavattini seorang tokoh perintis zaman aliran Italian Neo-Realism menyatakan skrip amat penting serta cerita dan idea di sampaikan secara jujur. Saya cuba merenung kembali zaman aliran Italian Neo-Realism, kebanyakan filem yang dihasilkan adalah berbentuk realism approach, di mana penggunaan set penggambaran yang realiti malah pelakonnya adalah Non-profesional actor. Saya agak kagum dan macam tak percaya zaman itu boleh berbuat sedemikian rupa. Maka penghasilan cerita melalui skrip adalah realiti dan bukannya Un-reality lagi.

Alam aliran Italian Neo-realism telah menguasai pemikiran saya maka tercetusnya Kopitiam Kurang Manis di mana memperlihatkan isu semasa pekerja indonesia menguasai sektor pekerjaan buruhan di Malaysia. Akan tetapi filem pendek ini memaparkan Ah Keong yang kehilangan pelbagai sudut.
Antaranya :

a) Kehilangan aroma rasa kopi
b) Kehilangan pelanggan
c) Kehilangan sexual desire
d) etc...

Selain itu, memaparkan Leez (pekerja indonesia kepada Ah Keong) dari sudut :
a) Sikap Leez
b) Kekotoran Leez
c) Unsur Mitos...

Secara tidak langsung filem pendek Kopitiam Kurang Manis di paparkan secara mendokumentasikan pembuatan kopitiam dan kisah realiti yang belum diketahui oleh manusia berstatuskan warganegara Malaysia. Filem pendek ini boleh dikatakan sebuah filem yang Universal dan memaparkan budaya masyarakat di Malaysia.

Filem pendek Kopitiam Kurang Manis bakal muncul...tidak tahu lagi di mana, mungkin dihantar ke festival filem tempatan dan juga diluar. Pada perkiraan saya filem pendek Kopitiam kURANG mANIS Bakal pergi jauh dan there's no boundaries. MAJULAH FILEM UNTUK NEGARA.

the Director of Photography


WHO IS HE?
will be update soon...
check this out at our official website > www.kopitiamkurangmanis.blog.com

Friday, June 27, 2008

our tees

Image Hosted by ImageShack.us

we open for those who are interested for this t-shirt. do support us and contact for request!